Bayar Zakat secara Online melalui EZakatpay dan aplikasi e-wallet terpilih

Assalamualaikum. Bulan Ramadhan tahun ini umat islam seluruh dunia diuji dengan wabak Covid-19 yang menyebabkan kita semua perlu berada di rumah bagi memutuskan rantaiannya. Hari ini juga, rakyat Malaysia telah memasuki Fasa ke-4 PKPB yang mana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah berkuatkuasa pada 4 Mei 2020 yang lalu dan rakyat dielakkan untuk keluar rumah kecuali untuk urusan penting dan mengamalkan norma budaya kehidupan baharu.



Bayar Zakat secara Online melalui EZakatpay | Sejajar dengan arus kemodenan yang mana semuanya di hujung jari, pihak Lembaga Zakat Selangor juga tidak ketinggalan dalam memastikan tanggungjawab umat Islam dalam menunaikan dapat diteruskan walaupun dalam keadaan Covid-19.  Individu yang memenuhi syarat wajib berzakat masih wajib menunaikan Zakat. Dan kini mereka tidak perlu untuk keluar rumah bagi melaksanakan rukun islam ke-4, ianya hanya di hujung jari dengan adanya EZakatpay.

Apa itu EZakatpay?

EZakatpay merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).



Bank yang boleh membuat bayaran melalui E-ZakatPay

Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pembayar-pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa dengan Agen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankkan internet.


Pembayaran Zakat melalui kaedah pembayaran E-Wallet

Selain daripada kaedah pembayaran melalui perbankan, Lembaga Zakat Selangor juga menyediakan pembayaran zakat melalui kaedah E-Wallet. Antara aplikasi E-wallet yang terlibat adalah GOPAYZ dan Boost. Semuanya di hujung jari, SELAMAT, MUDAH dan PANTAS.






Cara-cara Pembayaran Zakat melalui EZakatpay







Persoalan Apakah hukum zakat fitrah yg dibayar melalui kaedah online dan tidak bersalam (akad) adakah sah zakat nya dan dalil-dalil yg berkaitan?


Jawapan:
Zakat adalah ibadah yang tidak disyaratkan akad.

Perkara yg wajib dilakukan olh pembayar adalah berniat menunaikan zakat ketika beras atau wang fitrah diserahkan kepada amil atau terus kepada asnaf.

Zakat adalah termasuk dalam kategori tabarru' (derma/sedekah). Akad tidak diwajibkan ke atas muamalah seumpama ini.

Ia berbeza dgn akad mubadalah (pertukaran) seperti bai', jual salam, mudharabah dan lain-lain. Akad atau lafaz ijab dan qabul diwajibkan ke atas muamalah seperti ini.

Mengikut pandangan Mazhab Imam Syafi’e, wajib berniat di dalam hati dan tidak disyaratkan dengan kata-kata seperti contoh “Ini Zakat harta” walaupun tanpa berniat fardhu, ini kerana membayar zakat merupakan suatu kewajipan.

(Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3/1811)

Imam Nawawi berpendapat sedekah sama hukumnya dengan hadiah, dan ia tidak memerlukan lafaz ijab dan qabul. Cukup sekadar penyerahan dan penerimaan barang dan pendapat ini merupakan pendapat yang sahih di dalam mazhab Imam Syafi’e serta telah di naqalkan oleh fuqaha’ mazhab muta’akhirin.

(Lihat: Raudah al-Thalibin,5/365-366)



Semak Bayaran & Penyata Zakat di EZO

Semakan penyata boleh dilakukan secara online di https://ezo.zakatselangor.com.my Selain menyemak rekod bayaran zakat, anda juga boleh menyemak status dan rekod bantuan permohanan bantuan zakat anda.


Juga, jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen-kempen anjuran Lembaga Zakat Selangor, para pembayar zakat berpeluang memenangi hadiah menarik yang telah disediakan mengikut terma dan syarat.




Tiada alasan untuk tidak dapat membayar zakat. Zakat Fitrah pada tahun ini lebih mudah untuk ditunaikan dengan adanya menggunakan kaedah pembayaran EZakatpay atau e-wallet. Semuanya di hujung jari, SELAMAT, MUDAH dan PANTAS.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.zakatselangor.com.my

Post a comment

3 Comments

  1. menarik... dpt info ni terus sy bayo online.. hehe

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    memang mudah
    dah selesai urusan :)

    ReplyDelete
  3. husband sha dia bayar dkt adik dia ja..agen zakat hihi

    ReplyDelete