Resipi Daging Dendeng mudah dan senang

Assalamualaikum. Daging masak apa pun sedap. Kegemaran Fiza kalau daging masak dendeng, alamatnya berpinggan lah nasi tambah. Jom buat daging dendeng yang senang, resipi di bawah.



Bahan-bahan :

1 kg daging lembu
3 ulas bawang putih*
2 ulas bawang besar*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai*
Lada kisar / cili boh (ikut pedas)
Kicap lemak manis (perap daging dan memasak)
Garam dan gula
Minyak masak

Cara-cara :

1. Perapkan daging dengan kicap.
2. Kisarkan semua bahan.
3. Panaskan minyak dan mula menumis bahan yang dikisar.
4. Masukkan lada kisar dan diikuti dengan daging yang diperap kicap.
5. Kacau sehingga daging empuk dan kering.
6. Masukkan kicap lemak manis, garam dan gula.
7. Kacau dan angkat. Siap untuk dihidang.

Daging diperap sejam
Bahan untuk dikisar
Sedia untuk menumis
Tumis dan kacau sehingga kering
Daging dendeng sedap dimakan begitu sahaja
Sesetengah tempat pangil daging dendeng nie daging masak hitam. Mungkin sama. Makan dengan roti, dengan nasi panas, nasi himpit, semuanya sesuai. Selamat mencuba.

Wassalam.

Post a comment

4 Comments

  1. sedapnya daging dendeng ni..pandai awk buat..:)

    ReplyDelete
  2. batu tadi kawan hantar gambar menu dia harini. daging dendeng!. terus terliur rasa nak buat. jumpa entri ni. semoga menjadi lah nanti buatnya hehe

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap ni...bahan pun mudah...nak cuba la..thanks share resepi ye...

    ReplyDelete