Review Al-Quran Digital Al-Qolam Mushaf Alfatih

Assalamualaikum. Dua bulan lepas tak silap, ada siaran televisyen yang menyiarkan mengenai Quran Digital Al-Qolam. Inilah masanya untuk dapatkan Quran sebegini di samping belajar untuk memperbaiki bacaan Quran dan memahami Hukum Tajwid, memahami terjemahan setiap perkataan dan paling best ianya ada beraudio.


Review Al-Qolam, Quran digital Al-Quran Al-Fatih | Tak sampai 3 hari order dan sampai. Mana lagi kalau bukan di Shopee Malaysia. Antara kelebihan Utama Al-Quran Digital Al-Qolam Mushaf Al-fatih :

1. Membantu pengguna memahami setiap perkataan dan ayat Al-Quran yang telah diterjermahkan dalam Bahasa Malaysia.

2. Mengajar pengguna untuk mengenal dan mempraktikkan setiap tanda Wakaf, hukum Tajwid serta Makhraj huruf dengan tepat.


Kelebihan lain:-

1. Membantu melancarkan bacaan Al-Quran
2. Mudah digunakan
3. Sesuai untuk semua golongan 
4. Menambah mutu bacaan dan keyakinan apabila membaca Al-Quran 
5. Membantu menyempurnakan ibadah 
6. Memudahkan ibu bapa untuk mendengar semula bacaan Al-Quran anak-anak dengan menggunakan fungsi Rakam Suara 

Kandungan Al-Quran Digital Al-Qolam Mushaf Alfatih:- 

1. Penjelasan dan contoh Hukum Tajwid bagi setiap perkataan bertajwid dalam audio 
2. Pen Digital boleh mengaji bacaan Al-Quran secara Per Kata, Per Ayat, Per Halaman dan Per Surah 3. Terjemahan setiap ayat dan perkataan Al-Quran dalam Bahasa Malaysia (Teks & Audio) 
4. Nota Kaki. Penjelasan Terjemahan dalam Bahasa Malaysia 
5. Asma Ul-Husna (99 Nama Allah) 
6. Panduan Terjemahan Huruf Arab ke Huruf Rumi 
7. Panduan Tanda Wakaf 8. Panduan Makhraj Huruf (Sebutan) 
9. Penjelasan dan contoh Ilmu Tajwid secara umum 
10. Daftar Nama Surah / Isi Kandungan 11. Al-Quran Mudah Alih (Portable)

Satu Unit Al-Qolam Mushaf Alfatih
Buku Teknik Fasih Al-Quran
Digital Pen 8 GB Flash Memory
Manual Pengguna
Memang sesuai juga untuk mengajar anak mengaji

Al-Quran Digital Al-Qolam Mushaf AlFatih juga telah diluluskan oleh Ahli Lajnah Tasheh Al-Quran KDN Malaysia dan JAKIM. (KDN:PQ/Q.1001/1.2/QA/643/44/2015). Dengan saiz Saiz A4, memang sangat memudahkan untuk dilihat dan dibaca. Bulan Ramadhan ini sama-samalah kita memantapkan lagi bacaan Quran di samping memahami terjemahannya. 

Nak beli, boleh dapatkan di Shopee Malaysia.

Wassalam.

Post a comment

2 Comments

  1. besnya , mcm bagus je klau beli utk mak..

    ReplyDelete
  2. wishlist ni Fiza, tapi aritu terbeli yang without pen..kumpul duit beli yang ni pulak.

    ReplyDelete