Tak sabar nak story hari kedua kami di Kota Bandung. Jika semalam kami ke tempat pelancongan di Selatan Bandung seperti Kawah Renggenis Ciwidey, Ladang Teh Ciwidey, kemudian berakhir di Tasik Kawah Putih, hari kedua kami ke utara Bandung pula.

Menikmati kehijauan deretan pokok-pokok pinus yang menakjubkan di Orchid Forest Cikole Lembang | Pagi itu kami sarapan dahulu kerana kami memilih penginapan berserta sarapan. Jadi senanglah nak teruskan perjalanan jika dah siap sarapan. El Cavana Hotel memang selesa. Malam tadi masing-masing tidur nyenyak, maklumlah memang penat sangat. Jam 6.30 pagi kami dah turun untuk sarapan.
Kami akan ke destinasi seterusnya iaitu ke Orchid Forest Cikole Lembang dengan menaiki mini bus. Tepat jam 8 pagi bas kami bergerak. Alhamdulillah cuaca pun baik dan perjalanan hari ini pasti lebih seronok.
Pejalanan dari Kota Bandung menuju Orchid Forest Cikole Lembang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Orchid Forest Cikole terletak di lereng bukit yang sejuk berhampiran Gunung Tangkuban Perahu, di utara Bandung, ibu kota Jawa Barat.
Hutan Orkid Cikole mula dibuka pada 24 Ogos 2018. Di sini kami enjoy dengan menirup udara hutan dan gunung yang sejuk dan tidak tercemar. Banyak deretan pokok-pokok pinus yang menakjubkan, deretan pokok-pokok pinus dan pemandangan indah orkid.
Terdapat lebih 20,000 orkid antaranya adalah beberapa varian paling jarang seperti Phavio di Jawa Barat sendiri, serta dari Argentina, Peru, Filipina dan banyak lagi. Selain orkid yang cantik, di sini juga menawarkan aktiviti menarik untuk dinikmati termasuk meluncur menuruni flying fox atau menyeberangi jambatan kayu yang tergantung 23 meter di atas lembah.
Selain orkid dan hutan, pengunjung juga boleh menemui zoo haiwan peliharaan, taman permainan, perpustakaan digital, rumah burung, rumah ular dan kawasan perkhemahan.
Di mini zoo anak-anak Fiza dapat rasa pengalaman kali pertama menaiki kuda. Penjaga zoo bawa dorang bawa pusing-pusing, memang pengalaman bermakna buat Thaqif dan Huwainaa.
Puas hati dapat datang sini. Rasa nak lepak lama-lama je. Seronok ambil gambar. Pemandangan cantik, view lawa. Kalau dekat memang kami dah pacak khemah camping terus sebab kawasan sini pun ada tapak perkhemahan.
Settle Orchid Forest Cikole Lembang, kami nak ke destinasi seterusnya yang terletak tak jauh dari sini juga iaitu Tangkuban Perahu. Datang Bandung kalau tak ke sini tak lengkaplah kan.
Nexttt...!!! Jom ke Tangkuban Perahu.
0 Comments