Find us on Facebook

Fun X World's European Market, banyak keriangan menanti sempena musim cuti sekolah

Assalamualaikum. Memandangkan ini throwback harap pembaca tak keliru yer. Biasalah kita menulis nie semua story-stoty yang dah lepas. Banyak sangat story nak update, akhirnya sampai juga kisah di penghujung bulan Disember 2023. 


Fun X World's European Market, banyak keriangan menanti sempena musim cuti sekolah | Terima kasih buat pihak Fun X World's kerana sekali lagi menjemput kami satu family untuk join dan sama-sama memeriahkan aktiviti mereka untuk bulan Disember lepas. Dipendekkan cerita ini kunjungan kali kedua dan kami diberi peluang untuk join Fun X World's European Market.



Banyak permainan, aktiviti dan ganjaran yang pihak Fun X World's sediakan sempena European Market kali nie. Thaqif dan Huwainaa berpeluang membuat kek sendiri dalam Cake in a mug Workshop. Pestime Thaqif dan Huwainaa baking kek sendiri nie. Buat kek dalam cawan je, senang betul, Fiza dah copy resipi dorang nie siap-siap tau.




Lepas siap baking, boleh jalan-jalan kat sekitar European Market nie. Ada banyak gerai jualan vendor ala Europe. Boleh beli makanan, minuman, mainan dan macam-macam lagi. 





Bagi korang yang belum tahu apa lagi aktiviti menarik kat sini, boleh baca sini --> Fun x World Indoor playground paling gempak anak-anak boleh main dengan bebas

Pelbagai aktiviti menarik yang kita boleh buat sekali dengan anak-anak yer. Dorang main slide, kita pun boleh main jugak. No limit, kalau rasa jiwa kanak-kanak ada lagi dalam diri korang, sinilah tempatnya.




Dalam Fun x World nie pengunjung dapat enjoy 4 indoor playground yang besar seperti:

Village Square Arcade
Forest Escape Playground
Castle Adventure Skate
Fairyland Bumper Car








Walaupun dah dua kali datang, memang tak bosan langsung. Anak-anak Fiza memang enjoy sangat. Kita pun lega lepaskan anak main kat sini sebab sangat-sangat safety. Masuk sini lepas tu korang boleh duduk berapa lama pun. Dalam Fun X World's  lengkap dengan fasiliti seperti surau, tandas dan juga cafe. 

Memang berbaloi spend the whole time kat sini dengan anak-anak. Fun X World yang terletak di Lot 2.140B Level 2, Summit USJ Mall. 

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. xpe, kite update satu satu :D.. untuk kenangan dan bacaan bersama pada masa akan datang..

    ReplyDelete