Find us on Facebook

Pengalaman kami sekeluarga buat passport di UTC Sentul

Assalamualaikum. Dah tiba masa untuk kami sekeluarga buat passport. Memandangkan anak-anak Fiza pun dah besar, jadi urusan akan lebih mudah. Tapi nak buat passport susah jugak yer. Kalau setakat nak renew boleh buat secara online tetapi untuk permohanan pertama kali, kena persiapkan dokumen yang perlu diperlukan supaya tak berulang kali datang Jabatan Imigresen.


Pengalaman kami sekeluarga buat passport di UTC Sentul | Memandangkan tahun ini kami merancang untuk melawat saudara mara di Thailand, kami perlu membuat passport. Jabatan Imigresen paling dekat dengan kami di UTC Sentul. Kami nak datang sini, segala dokumen dah lengkap, berdebar dia macam nak ambil exam tu. Tak tahu la kenapa yer. Padahal nak buat passport je.


Seawal 6 pagi dah kena sampai dan beratur. Nie semata-mata untuk ambil nombor giliran. Kalau korang lambat alamat kena datang esoklah. Bayangkan beratur dari pukul 6 pagi dan pejabat pula buka jam 8 pagi. Betapa tinggi kesabaran rakyat Malaysia nie semata-mata nak buat passport. 

Alamat pejabat pengeluar Passport

Waktu operasi Pejabat Imigresen UTC Sentul

Panjang beratur

Tengok dari jauh ramai tu semua nak masuk Pejabat Imigresen

Bertabahlah anak-anak demi passport kalian

Bila pejabat buka je, terus menderu segala manusia, bukan apa semata-mata nak dapatkan no giliran. Kalau habis no. giliran maka kena lah datang semula. Berapa ramai yang tak dapat nombor lepas berejam beratur.  Jadi bagi yang nak datang sini, dinasihatkan untuk datang seawal yang boleh. 

Dapat no. giliran

Setengah hari tunggu nak buat passport

Untuk panduan cara buat passport dan dokumen yang diperlukan, korang boleh search kat goggle, sebab ramai dah yang bagi panduan. Nak lagi mudah masuk je website Jabatan Imigresen Malaysia, situ lebih lengkap. Ikut je dokumen yang diperlukan, siap-siap buat photocopy dokumen yang diperlukan.


Sekarang nie nak buat passport tak susah, dalam masa sejam je dah siap. Cuma yang lama tu waktu nak menunggu giliran.

Huwainaa nak ambil gambar

Harga Terkini Passport Malaysia untuk dewasa RM 200, manakala kanak-kanak RM 100. Tempoh sah laku ialah 5 tahun. Okay la sangat sebab tempohnya lama. Berbaloi la beratur, tunggu turn nak buat passport. 

Urusan penyerahan dokumen, ambil gambar semua berakhir sebelum makan tengah hari. Mujurlah dipermudahkan. Tapi passport belum keluar lagi yer, kena tunggu 1 jam. Jadinya kami makan tengah hari dulu dalam UTC Sentul, sini banyak food court.

Resit pembayaran 

Makan nasi ayam kat UTC Sentul

Tunggu passport siap

Lepas sejam tu, boleh terus ke kaunter untuk ambil passport. Rasa lega bila dah cop jari semua. Bila staf Imigesen hulur je buku merah tu, rasa seronok tak terhingga. Syukur hajat nak buat passport dah termakbul.


Urusan kami berakhir di UTC Sentul berakhir dalam jam 2 petang. Happy betul rasa setelah bersusah payah bangun pagi, berebut nak ambil no. giliran, menunggu. Terima kasih dekat anak-anak sebab mampu bersabar. Korang yang ada anak kecil, siap-siaplah ambil gambar anak supaya tak menyusahkan orang lain nak menunggu melihat karenah anak tak nak bergambar. Sebab ini yang berlaku kat kami, 15 minit masa orang bazir gitu je sebab anak orang tak nak bagi kerjasama, menangis. Banyak giliran orang akan terjejas.

Bukan penting diri yer tapi kalau kita dah buat persiapan, kita pun tak stress, anak kecil tak tahu apa, nak marah pun tak guna. Ibu bapa yang kena bijak untuk memudahkan urusan. 

Sebelum habis story, nie ada beberapa tips pertama kali nak buat passport. Harap sedikit membantu.
  1. Semak waktu operasi (buka dan tutup)
  2. Datang awal untuk no giliran.
  3. Sediakan dokumen lengkap, sekali dengan salinan
  4. Pakai baju warna gelap
  5. Bagi wanita bertudung, pakai tudung warna gelap (hitam)
  6. Dilarang pakai kanta lengkap (sebab gambar naked face)
  7. Pembayaran secara cashless (siap duit dalam kad bank)
  8. Pakai face mask kalau rasa tak sihat
  9. Jangan lupa mandi dan gosok gigi (macam-macam bau ada)
Buat passport memang menguji kesabaran. Mujurlah lepas ini boleh renew online je sebab kalau boleh tak nak datang buat passport, datang nak ambil jer. 

Wassalam. 
 

Post a Comment

0 Comments