Find us on Facebook

Golden Screen Cinemas menyambut bulan Merdeka dengan kempen #Malaysiaku!

Filem produksi tempatan MALBATT: Misi Bakara, hidangan tradisional yang enak, dan promosi eksklusif pawagam menanti anda pada Ogos dan September ini!

Pempamer pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas (‘GSC’) meraikan aktiviti masa lapang kegemaran rakyat Malaysia dengan kempen #Malaysiaku sempena bulan Merdeka. Penonton akan disajikan dengan makanan istimewa, promosi pawagam dan barangan eksklusif serta tayangan filem yang dinanti-nantikan, MALBATT: Misi Bakara.


Kisah wira Malaysia yang belum pernah diceritakan dalam MALBATT: Misi Bakara

Berdasarkan peristiwa sejarah sebenar Pertempuran Mogadishu di Somalia, MALBATT: Misi Bakara mengisahkan tentang bakti serta pengorbanan wira negara yang tidak didendangkan, Batalion Malaysia yang telah berjuang dengan penuh keberanian hingga berjaya menyelamatkan tentera Amerika yang terperangkap dalam serangan nahas helikopter Black Hawk (Black Hawk Down). Filem yang menyentuh hati rakyat Malaysia, MALBATT: Misi Bakara adalah filem produksi tempatan pertama yang ditayangkan di layar IMAX di seluruh negara pada 18 Ogos, manakala semua format lain filem itu akan ditayangkan pada 24 Ogos di pawagam-pawagam di seluruh negara.

“Sebagai jenama tempatan, kami menyatukan rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk meraikan aktiviti masa lapang kegemaran kita yang termasuk menonton wayang dan menikmati makanan dengan kempen #Malaysiaku di sepanjang bulan Merdeka. Kami sentiasa berusaha memberikan pengalaman yang unik kepada semua peminat filem, termasuk tayangan filem produksi tempatan, MALBATT: Misi Bakara yang hadir pada saat yang tepat, serta penawaran barangan eksklusif bertemakan filem sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami yang telah menunjukkan sokongan mereka di sepanjang tempoh yang paling mencabar. Kami tidak sabar untuk mencipta lebih banyak lagi detik yang menggembirakan pada masa hadapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas, Koh Mei Lee.

Bagi melengkapkan pengalaman para penonton, GSC turut menyediakan kombo ‘Gemilang’ untuk tempoh terhad di pawagam-pawagam terpilih di seluruh negara! *Sempena bulan Merdeka ini, raikan negara yang kita cintai dengan kotak bertih jagung berinspirasikan Jalur Gemilang, yang didatangkan dengan 1x bertih jagung saiz biasa, 1x minuman So Tinge, 1x air mineral, dan 1x beg tote Spritzer edisi terhad dengan hanya RM16.50!

Kombo ‘Gemilang’ tempoh terhad ini hanya boleh didapati dari 10 Ogos hingga 17 September, sementara stok masih ada.


Nikmati makanan kegemaran rakyat Malaysia di Happy Food Co dan JIN Gastrobar

Makanan memainkan peranan penting dalam budaya Malaysia, di mana ia dapat menyatukan kita semua tanpa mengira latar belakang. Sebagai jenama tempatan, kedai makanan dan minuman GSC, Happy Food Co. dan JIN Gastrobar menyajikan pelbagai makanan kegemaran rakyat Malaysia untuk tempoh terhad sahaja.

Dari 17 Ogos hingga 30 September, Happy Food Co. akan menampilkan kombo ‘Rasa Sayang’, yang menyajikan kombinasi hidangan enak berinspirasikan mamak dengan Murtabak kegemaran ramai serta sos kari untuk rasa yang lebih menyengat. Happy Food Co. turut membawa anda mengimbau kenangan lama dengan hidangan susu kocak istimewa yang pasti memuaskan selera rakyat Malaysia dengan Dinosaur Milkshake – minuman ais kisar yang padat dengan malt dan rasa coklat, dilimpahi pula dengan serbuk coklat yang mewah bagi memberikan rasa yang lebih padu.

Nikmati gabungan rasa tradisional tempatan dengan set menu istimewa yang disediakan dengan kerjasama BOH Tea di JIN Gastrobar, The Gardens Mall KL dan Mid Valley Southkey JB. Anda akan dapat menikmati Nasi Ulam Sirih Purut yang beraroma atau kambing bersalut herba bercampur teh Rooibos yang dihidangkan dengan kentang russet, lengkap dengan pilihan pencuci mulut, trifle strawberi comel dan minuman yang boleh dipilih dari Teh Tarik kegemaran ramai atau teh BOH Gunung Chantik, sejenis teh hitam berzes dengan rasanya yang manis.

 
Set Nasi Ulam Sirih Purut yang enak berharga RM66 dan set kambing bersalut herba berharga RM36!


Diinspirasikan daripada haruman bunga kebangsaan kita, Bunga Raya, pelanggan boleh menikmati moktel Hibiscus Citrus Fusion atau memilih koktel Independence Blossom.


Tunjukkan bahawa anda bangga menjadi rakyat Malaysia dengan barangan eksklusif daripada Keepsake

Tiada cara yang lebih baik untuk membuktikan bahawa anda bangga menjadi rakyat Malaysia dengan memiliki rangkaian barangan eksklusif bertemakan Hari Merdeka, diinspirasikan oleh elemen ikonik Malaysia. Rangkaian ini boleh didapati di kedai Keepsake sama ada di lokasi fizikal atau dalam talian!

Jadilah seorang wira dengan memiliki botol air MALBATT: Misi Bakara, atau tunjukkan rasa cinta anda kepada negara dengan koleksi tumbler comel Hello Kitty yang dihiasi dengan elemen bertemakan Malaysia, daripada Bunga Raya yang cantik hinggalah kepada raja segala buah – Durian, Nasi Lemak yang digemari ramai dan Wau tradisional.

   
 


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen #Malaysiaku, sila ikuti platform media sosial GSC.

*Kombo bertih jagung Gemilang boleh didapati di semua pawagam GSC di Semenanjung Malaysia sahaja, kecuali Aurum Theatre di The Gardens Mall, KL


Post a Comment

2 Comments