Masjid Seribu Doa | Masjid Cina yang indah dan unik, wajib singgah dan solat sini kalau berada di Pulau Pangkor

Assalamualaikum. Jom sambung cerita Staycation kami di Pulau Pangkor. Boleh kata macam trip company juga la sebab datang atas tiket dinner. Hari pertama kami pusing satu Pulau Pangkor lepas check in di Pangkor Holiday Resort.


Masjid Seribu Doa | Masjid Cina yang indah dan unik, wajib solat sini kalau berada di Pulau Pangkor | Dapat je kunci kereta sewa, husband terus bawa kereta jenama Haval, memang pertama kali naik kereta jenama nie, air cond dia sejuk. Elok sangatlah cuaca kat Pangkor waktu nie memang panas terik sebab penduduk kat situ juga bagitahu lama tak hujan. 

No wonderlah laut pun hijau membiru. Pernah datang Pangkor, laut tak cantik mana pun, tapi kali nie memang biru lautnya, macam berada kat Tioman pula. 


Tempat tarikan pelancong pertama yang kami tak pernah singgah, Masjid Seribu Doa atau dikenali sebagai Masjid Cina atau Masjid Al-Khairiah, Sungai Pinang Kecil. Kenapa masjid cina? Kalau korang datang sini, pertamanya berada dalam kawasan penempatan majoritinya berbangsa cina. Sangat sesuai masjid dua tingkat dengan binaan yang menggabungkan unsur ketimuran dari negara China didirikan di Kampung Sungai Pinang Kecil ini.






Keunikan masjid ini tiada dalam masjid lain melainkan Masjid Seribu Doa yang mana setiap ruang dinding, dalam dan luar masjid diukir dan diletakkan dengan seribu doa dari Qur’an dan hadith. Memang tenang sungguh bila masuk dalam masjid nie, dengan bau wangi masjid, sejuk, nyaman, tiada yang paling tenang melainkan bila berada dalam masjid.



Masjid ini juga masih baru, setahu Fiza mula digunakan pada tahun 2020. Memang langkah kanan kami datang ke sini sebab pada mulanya Fiza pun tak mengetahui kewujudan masjid 1000 doa nie sebab yang kerap diperkatakan Masjid Terapung 1000 Selawat, Nanti kita pergi masjid tu pula. 

Mula-mula nak ambil gambar pun rasa takut, padahal okay je. Janji masuk tutup aurat. Non-muslim pun nak masuk tiada masalah, ada baju khas dengan hud disediakan untuk menutup aurat dan rambut.



Best sangat. Dua kali kami datang sini hari pertama dan hari kedua. Lagipun tak jauh dari resort, Pulau Pangkor tak bukan besar mana cuma jalan je jem sikit sebab hari minggu ramai pengunjung. Lepas nie kita pergi ke masjid warna biru pula, atas laut, mesti ramai yang tahu kan, Masjid 1000 Selawat. 


Wassalam. 

Post a Comment

0 Comments