Find us on Facebook

Staycation Pulau Pangkor | Pengalaman menginap di Pangkor Holiday Resort

Assalamualaikum. Kembali dengan entry Staycation 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor. Kami pergi lebih kurang 2 minggu selepas Raya puasa. Balik dari beraya di Kelantan, seminggu lepas itu, 14 Mei 2022 kami terus ke Pulau Pangkor. Lama tak jejak kaki kat Pulau Pangkor, last kami ke sini tahun 2013. Zaman hidup berdua anak pun takde lagi. 


Staycation Pulau Pangkor | Pengalaman menginap di Pangkor Holiday Resort | Ceritanya bermula bila company husband nak buat family day dan mereka memilih untuk buat aktiviti kat Pulau Pangkor. Bestnya sebab boleh bawa famili sekali. Jadi kami pun tumpanglah sekaki, dah nama pun family day, masing-masing boleh datang bawa famili, nak datang solo pun takde masalah. 

Resort yang dorang pilih adalah Pangkor Holiday Resort. Ikutkan 2 hari 1 malam je, tapi kami tambah sendiri penginapan dengan datang awal sehari. Jadi bolehlah pusing-pusing pulau sampai puas. Lagipun dah lama tak datang Pulau Pangkor kan. 



Jam 7 pagi kami dah bertolak dari Sg. Buloh terus ke Marina Island Jetty Terminal. Pukul 10 sampai jeti. Nak ke Pulau Pangkor sebenarnya lagi mudah ambil bot Jeti Marina dan perjalanan nak ke sana pun ambil masa 20 minit sahaja. Parking kereta pun mudah dan kadar bayaran parking Jeti Marina korang boleh tengok gambar di bawah nie. Kalau tak nampak zoom yer.





Bila dah naik bot memang legalah sebab hari minggu memang ramai pengunjung yang nak masuk pulau. Boleh kata berpusu-pusu jugaklah orang nak naik bot. Musim orang bercuti, pantang hari minggu segala hotel resort penuh, termasuklah Pulau Pangkor. 

Sampai je, kami makan tengah hari dulu, lepas itu naik van pink terus ke Pangkor Holiday Resort untuk check in. Memandangkan husband yang uruskan penginapan staf yang nak tiba esok, jadi kami dapat check in awal. Kami je yang datang dulu, yang lain semua esok. Husband datang kerja, kami 3 beranak datang betul-betul bercuti.





Sampai je depan pagar resort korang akan nampak replika Eiffel Tower di Pulau Pangkor. Mana nak cari Eiffel Tower kat Pangkor? Haaa korang kena la datang Pangkor Holiday Resort. Apa lagi, sis tak OOTD lagi nie sejak sampai Pangkor. Ini memang port best la nak OOTD. Bagi nampak macam kat Paris sikit padahal kat Pangris je.. pangkor + paris  



Dah tak sabar nak tengok bilik nie. Sampai je dapat kunci kami terus menuju ke nombor bilik. Sebelum tu kita snap la sikit gambar lobi dan receptionist. Keluar terus nampak swimming pool yang besar dan cantik. Seronok la budak-budak nie dapat mandi kolam.





Resort dia macam satu rumah ada 2 pintu. Nampak baru lepas renovation sebab cat semua nampak cantik dan baru. Lepas pandemik kan, segalanya nak kena buat bagi nampak cantik dan baru semula. 



Bilik kami pun cantik, deco galaxy memang terpegun masa mula-mula buka pintu. Semuanya nampak baru, dan paling penting bilik bau wangi tanpa kepam. Bukan apa, kadang-kadang sesetengah hotel atau resort nie, kalau pakai carpet dorang susah nak jaga karpet tu, sampai naik pening kepala. Tapi resort nie perfect dan wangi. 


Ruang bilik pun luas dan selamat untuk anak kecil sebab tiada bucu tajam kat dalam bilik nie. Jadi memang selamat. Bilik lengkap dengan kemudahan seperti televisyen, meja tulis, almari baju dan toiletries pun ada.
 









Memang puas hati sangat dengan bilik nie. Sambil-sambil tunggu kereta sewa sampai, kami lepak dulu dalam bilik. Dapat kereta nanti memang nak round satu pulau. Tak lama lepas tu, kereta kami sampai. Dorang bagi kereta jenama Haval. Nak sewa motor susah dengan anak kecil. Jadi husband booking kereta. Best la kali nie pusing pulau dengan kereta. 



Cerita ronda pulau tu nanti kita tulis lain. Lepas balik ronda terus terjun masuk kolam. Mandi la sampai lebam yer anak-anak lagipun tak ramai orang lagi hari nie, sebab masing-masing baru nak check in. 










Hari pertama kami settle round Pulau Pangkor. Banyak tempat menarik yang Fiza nak ceritakan dalam entry blog seterusnya. 

Seronok dapat bercuti nie. Rasa hilang segala kekusutan dalam otak nie. Jauh dari kerja, jauh dari rutin harian yang memenatkan. Pangkor Holiday Resort memang sesuai untuk korang yang nak cari ketenangan. Booking di sini  --> Pangkor Holiday Resort 

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. wahhhhhh bestnya PHR dah cantik! tenang jiwa dpt ikut hasben ye kak hehe

    ReplyDelete
  2. cantik jugak bilik dia ye. fasiliti pun lengkap

    ReplyDelete