Ladang lembu Tenusu ala New Zealand | SRZ Ternak Jeram Mengaji Pasir Puteh

Assalamualaikum. Macam biasa bila nak mula menulis mesti mikir ayat apa nak mula. Jadi kita terjemah je apa yang ada kat otak nie. Hari ini memang hari yang sangat penat, bukan penat fizikal tapi penat otak. Mengantuk kena ubat batuk semalam pun tak habis lagi, selsema lagi, wahhh memang rasa down la sikit. 

Tapi tak pe, kehidupan perlu diteruskan, pergi kerja, hantar anak ke sekolah, ambil anak itu semua amanah yang Allah dah berikan, kenapa kita nak kata tidak dan mengeluh penat. Enjoy je, rasa down tulis je kat blog nie, rasa la juga kurang beban tu sikit. Paling-paling jom throwback cerita jalan-jalan kita kat Kelantan raya tempoh hari. 


Ladang lembu Tenusu ala New Zealand | SRZ Ternak Jeram Mengaji Pasir Puteh | Punyalah lama baru nak up story. Nak buat macam mana, semua entry menimbun tunggu turn nak masuk blog, kena mood rajin boleh up sampai 5 entry sehari, kalau malas tunggu la sampai 5 minggu. Tak gitu part time blogger.

Teringin nak pergi New Zealand tengok lembu tapi tak kesampaian, tak pe kat Kelantan pun ada ladang lembu tenusu ala New Zealand. Tak caya? Fiza dah pergi dan memang ada lembu warna hitam putih tu. Cuma bezanya kat sini tak sejuk. 


Terletak di Jeram Mengaji Pasir Puteh, Kelantan dan kalau nak search kat google boleh taip SRZ Ternak, korang akan dapatlah lokasinya. Memang ramai yang datang ke sini semata-mata nak bergambar sebab view dia memang cantik. 

Itu memang tak dinafikan. Tapi kalau dah ramai pengunjung, nak dapat view pun susah, baru nak posing, ada orang kat belakang, kat tepi, lalu depan. Nak buat macam mana tempat tengah viral. 






Sampaikan my FIL cakap, ramainya datang tengok lembu. Padahal dorang nie datang bukan semata-mata nak tengok lembu, tapi orang tua kan, biasalah dorang ingat nak tengok lembu. Sebaliknya lembu yang terkejut tengok ramainya manusia. 

Yang pengantin dengan gaya pengantinnya, yang datang OOTD memang ramai lah. Kita datang cara kita, ambil gambar mana sempat. Janji gambar akak helok, nampak kurus. Adoi.. haha









Puas jalan kita minum susu lembu fresh dari ladang. Susu nie memang favorite Fiza, dorang jual pula dalam cup besar, memang puas hati minum. Kalau nak bawa balik, ada juga yang style botol kecil-kecil tu. Tak ingat pulak harganya tapi memang Fiza beli banyak nak bawa balik minum kat rumah. Perisa coklat dengan strawberry paling sedap.


Kat sini juga ada aktiviti lain yang korang boleh join janji ada duit. Boleh bawa ATV masuk hutan, nak sewa basikal pun boleh. Ada aktiviti flying fox, kedai cenderamata, kedai makan dan macam-macam lagi. Memang best selain dari pemandangan yang cantik, ada juga mini zoo. Boleh ambil gambar comel2.. memang tak bosan datang sini. 







Nak tengok macam mana enjoy datang sini, boleh tengok kat tiktok bawah nie yer.
@fizaizawa Nak datang lagi beli susu #srzternak #newzealandmalaysia #pasirputeh #jerammengaji #lembunewzealand #fyp #masukberanda #atv ♬ original sound - Hafiza AizZawa
Akhirnya dapat juga datang sini. Kali pertama juga Fiza belajar bawa ATV. Ingatkna macam skuter tekan minyak je, sekali ada gear rupanya. Tapi okay je. Senang nak bawa. Bagi yang nak datang Kelantan, korang bolehlah masukkan 
SRZ Ternak Jeram Mengaji Pasir Puteh dalam wishlist wajib kunjung bila datang Kelantan yer.

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. xpernah sampai walaupun dekat..haha

    ReplyDelete
  2. ok boleh masuk list ni..takpa entry lama pun janji siap posting hahah bae pun belambak lagi dalam draft haha

    ReplyDelete