Find us on Facebook

Staycation di Eagle Ranch Resort, Port Dickson, resort ala cowboy

Assalamualaikum. Percutian kedua kami selepas PKP 3.0. Excited sangat!!! mana taknya sekarang nie kalau nk bercuti kena book hotel atau resort sebulan atau 2 bulan awal. Kalau korang jenis last minit, memang susahlah nak berstaycation nie. Melainkan rezeki terpijak kalau ada org cancel booking last minute.


Staycation di Eagle Ranch Resort, Port Dickson | Ikutkan hotel di PD memang banyak, kami pilih untuk pergi ke Eagle Ranch Resort, Port Dickson. Bercuti ala cowboy gitu. Walaupun bila search kat google ada yang tulis Eagle Ranch Resort berhantu, ada kata dah tutup. Aishhh betul ke nie? Nak tahu betul ke tak, call je resort tu. 

Lepas confirm barulah buat booking. Kalau setakat search kat google, macam-macam orang tulis semata-mata nak naikkan page sendiri. Jadi bagi yang nak baca review jujur staycation di Eagle Ranch Resort, jemput baca sampai habis. 


Kami berada di PD selama 3 hari 2 malam dengan mengambil 2 hotel. Bukan apa, saja nak tukar-tukar hotel. Best sikit. Hotel pertama atau lebih sesuai resort adalah di sini, Eagle Ranch Resort (ERR). Check in pada 10 Disember 2021. 

Kami datang awal, sampai dalam pukul 1 petang. Waktu sampai nampak macam tenang. Orang macam tak de je, tapi bila masuk kawasan ERR, tengok ada yang dah sibuk buat aktiviti kat dalam resort nie. Mungkin dorang stay kat sini dari semalam atau awal-awal lagi dah sampai. 


Kawasannya sangat luas. Memang sesuai kalau nak datang buat family day. Aktiviti pun macam-macam ada. Korang boleh tengok sendiri game-game yang mereka sediakan. Pendek kata kalau stay sini untuk satu hari memang tak sempat nak cover game2 yang ada.


Okay, datang awal memang bagus. Kami ambil penginapan Tepee dengan harga RM 194. Penginapan di sini ada banyak, korang boleh pilih untuk Bandwagon Lower, Bandwagon Upper, Log Cabin, Log Cabin Twin, Kampung House, Eagle Terrace dan Paddock Chalet Family.

Nak rasa jadi Red Indian, ambillah Tepee. Sesuai untuk family kecil kami 4 orang. 





Tepee nie macam khemah. Dalamnya tak luas, bersaiz 117 sq ft muat untuk katil bersaiz Queen. Pengalaman baru buat kami menginap dalam resort berbentuk khemah dan bumbungnya juga tinggi. Lantai dia sejuk dan kebetulan pula cuaca mendung, keadaan dalam Tepee sedikit lembab dan sejuk. Tak pasang air cond pun rasa sejuk.


Lengkap dengan kemudahan lain seperti tandas, air cond, televisyen, Water Heater Shower dan water kettle. Toiletries dan tuala mandi juga tersedia. Korang boleh nilai sendiri selesa atau tidak bila stay di sini. Pada Fiza kalau tandas cantik, maka selesalah. 







Cuaca memang tak berapa nak mengizinkan waktu kami di sini. Mendung dan hujan rintik-rintik on off. Walaupun hujan, kami tetap keluar ronda-ronda, yelah, bukan lama pun nak stay sini. Kalau duduk je dalam tepee tu, baik tidur dalam rumah. 

Mula-mula sekali kami pergi makan. Kat sini tak perlu nak keluar semata-mata nak cari makan. Penginap boleh makan di ERR Melting Pot. Kalau ambil pakej breakfast pun makan kat sini. Kami order makanan goreng-goreng. Almaklumlah tak makan tengah hari lagi.



Deko dan senibina Cowboy ada di mana-mana. Boleh kata bila jalan je mulut akan sebut wow, cantiknya, semua tempat rasa nak bergambar. Apa-apa pun kita makan dulu. Bab harga tutup mata jelah korang. Tapi bila tengok portion makanan dan hiasan, no wonder harga gitu.



Lepas makan kita ronda-ronda tengok kawasan dan resort-resort yang ada. Memang tak larat nak round kalau jalan kaki. Jadi mana sempat kita lalu, kita ambil gambar. Sekurang-kurangnya bagi korang yang tak pernah ke sini dapatlah gambaran macam mana ERR nie.






Malam itu hujan mulai turun lebat. Jadi stay dalam Tepee je sambil tengok televisyen. Enjoy je apa yang ada dan paling penting rehat serehat rehatnya. Sejuk tau tepee nie. Malam tu kami tidur tutup aircond. Tak tahan cuaca sejuk dengan hujan lebat. 


Anak minta mandi kolam. Kami tak bagi dan seboleh-bolehnya memang elak kolam buat masa nie. Kolam kat sini memang besar. Ada macam-macam jenis. Covid masih belum tamat, dapat pergi vacation pun dah rasa seronok. Mujur anak-anak faham. 

Hari pertama just round-round ERR, nak tahu kami buat aktiviti seterusnya di sini pada hari kedua, tunggu sambungannya.

Sambungan...hari kedua

Hari kedua bersambung. 11 Disember 2021, jam 10.30 pagi kami terus check out sebab lepas itu kami hendak sambung staycation di hotel lain pula. Lepas check out baru kami ambil keputusan untuk jalan-jalan dalam ERR. 

Mula-mula kami pergi ke kawasan swimming pool. Anak-anak bila dah nampak swimming pool mula la nak mandi. Thaqif dah faham bahasa, dah siap elok2, check out mana boleh mandi dah. Huwainaa la buat perangai nak mandi. Waktu pandemik nie memang Fiza tak bagi anak mandi kolam. Campur dengan macam-macam orang. Kami tahu kami bercuti tapi SOP tetap kami jaga.  



Mujurlah ada tempat kuda berdekatan. Terus pujuk Huwainaa ke tempat kuda. Tengok dari luar macam sunyi je, kami pun masuk tengok. Tempat nie sedikit busuk, tapi okay je nama pun kandang kuda. Bila masuk ada kuda-kuda yang sedang berehat.


Kuda yang paling menarik perhatian kami, nama dia Tako. Anak kuda baru berusia 6 bulan. Comel dan mesra. Anak-anak pun panggil Tako, memang nampak mesra Tako tu. Boleh belai-belai lagi. Pertama kami juga Huwainaa sentuh kuda. 






Bersebelahan dengan kandang kuda ada Rabbit Farm. Tapi tak sure ada arnab tak sebab nampak macam sunyi. Mungkin rabbit tiada dalam tu. Nak berjalan masuk pun malas. Lagipun dah tengah hari. Tengok kuda pun dan lenjut baju berpeluh.




Sepanjang kami berada di sini, memang kami tak keluarkan duit untuk aktiviti yang ada melainkan untuk makan. Korang boleh tengok harga aktiviti kat sini kan. Boleh tahan juga harganya. Jadi untuk tak menghampakan anak-anak, husband bawa kami naik kereta kuda. Boleh la round dalam ERR nie. Kalau nak jalan kaki memang tak mampu.

Tapi sebelum nak buat aktiviti, korang kena beli kupon aktiviti di dalam kedai cenderamata. Nak buat aktiviti apa pun dapatkan kupon, bila ada kupon, terus boleh buat aktiviti. Kiranya no cash. Beli dulu kupon. 



Alang-alang dah masuk kedai cenderahati, Fiza pun beli keychain dan fridge magnet untuk di bawa pulang. Biasa la cenderahati wajib kalau pergi staycation kan. 


Pony Cart Ride, harga untuk seorang naik RM 16 untuk satu pusingan. Kami ada 4 orang, total RM 64. Harga boleh tahan jugak mahal tapi tak pe, anak memang nak sangat naik kuda kat sini. Boleh la ronda seround sebelum kami pulang.




Habis sudah staycation kami di Eagle Ranch Resort. Nak booking, korang klik je sini--> Eagle Ranch Resort, Port Dickson

Best tau memang anak-anak pun enjoy. Bagi yang nak bercuti kat sini kami cadangkan untuk ambil lebih dari sehari. Sebab memang banyak aktiviti menarik di sini yang anak-anak boleh cuba dan explore. 

Lagi satu sediakan pulus lebih la yer. Harga-harga aktiviti kat sini boleh tahan mahal, tapi kalau setakat datang nak relax-relax dengan family okay jer. Kat sini juga lagi best kalau buat family day, team building.. Waktu kami kat sini pun memang ramai yang datang dalam group yang besar.


Bila dah ramai-ramai jangan lupa SOP. Kami pun begitu. Tak perlu nak kecam mereka yang pergi bercuti kala pandemik ini. Rezeki masing-masing, yang penting kita doakan keselamatan diri di samping kita mendoakan keselamatan orang lain juga. In syaa Allah selamat. Pada yang suka staycation, Fiza doakan korang diberikan keselamatan dan dijauhi daripada wabak pandemik ini. Amin.  

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. wahhhh.. bestnya tempat ni..

    ReplyDelete
  2. Ooo dah buka yaa tempat ni balik, hrtu masa pnademik dia tutup sekejap kan, tapi sempat laa Sis stay sini dulu...

    ReplyDelete
  3. Dari luar nampak kecik je, tapi gambar dalam tu nampak luas jugak

    ReplyDelete