Find us on Facebook

Pendedahan Datuk K mengenai perubahan anaknya Asyraf disebabkan Azizan Osman

Assalamualaikum. Siapa tidak kenal dengan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman, terkenal dengan keupayaan unik untuk membimbing anak didiknya sehingga mendapat keputusan cemerlang dalam perkembangan diri atau perniagaan. Beliau bukan sahaja membantu serta membimbing bisnes usahawan malah membimbing kehidupan anak didiknya juga.


Pendedahan Datuk K mengenai perubahan anaknya Asyraf disebabkan Azizan Osman | Sedangkan pasir di pantai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Bila hati berubah untuk melakukan perkara yang lebih elok, maka kehidupan kita pun akan turut berubah.

Inilah yang terjadi kepada Asyraf Khalid iaitu anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mana perubahan tersebut adalah disebabkan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman. Pendedahan ini dimaklumkan sendiri oleh bapanya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K baru-baru ini.



Asyraf Khalid anak didik Dr Azizan Osman

Datuk K meluahkan kegembiraan dan kagum akan perubahan hidup anaknya disebabkan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman. Luahan tersebut telah dikongsikan Asyraf pada ketika Datuk K memberikan ucapan sempena sambutan hari lahir beliau tempoh hari.

Dalam rakaman video tersebut, Datuk K memberikan penghargaan kepada Dr Azizan yang telah mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja.


Datuk K benar-benar bangga atas kejayaan Asyraf Khalid. Siapa sangka anaknya dahulu merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan beliau serta merasakan diri ini sangat tak berjaya kini telah menjadi Usahawan bisnes Mutyara yang berjaya.


"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini" ujar Asyraf Khalid.

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja.



Asyraf juga melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa.

Nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Dr Azizan Osman dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.


Tambah Asyraf, beliau faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.

Bagaimana Datuk Wira Dr Azizan Osman berusaha mendidik anak didiknya bagaimana untuk berjaya dalam hidup?

Kebolehan Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam mendidik anak didiknya dicemburui Datuk K sendiri kerana kebolehan beliau dalam membina ramai jutawan. Meskipun ada antara usahawan yang sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit, mereka masih rendah diri, dan tidak lokek berkongsi ilmu.


Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka.

Dr. Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, pendek kata usawahan sekarang sangat beruntung kerana mendapat tunjuk ajar dari mula hendak memulakan perniagaan.


Usahawan Jutawan Titan RichWorks

Terbukti melalui program-program yang RichWorks sebelum ini telah melahirkan banyak jutawan berjaya. Dengan adanya kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks, usahawan atau bakal usahawan di luar sana dapat mengikuti dan memberi peluang kepada diri, datang belajar dan hayati teknik untuk berjaya untuk menjadi jutawan.


Dengan bimbingan sebegini, sesiapa sahaja boleh memulakan bisnes dan tidak mustahil untuk suatu hari nanti akan menjadi usahawan yang dapat menjana jutaan ringgit. Mana tahu satu hari nanti boleh jadi seperti Asyraf Khalid. Kisah ini boleh dijadikan inspirasi buat mereka yang minat untuk memulakan bisnes.

Post a Comment

1 Comments

  1. Ada tengok video speech Datuk K kat ig AzizanOsmanOfficial. Terbaik lah, terharu.

    ReplyDelete