Find us on Facebook

RichWorks | Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman

Assalamualaikum. Kenaikan harga barang, kos sara hidup yang tinggi sememangnnya memberi tekanan buat kita. Isu ini bukanlah baru berlaku malah ia berlaku sebelum penularan Covid-19 lagi. Kesan dan impaknya sudah pun dirasai rakyat untuk tempoh beberapa tahun lalu dan kini ia bakal melanda lagi.


Lebih menyayat hati, akan ada juga usahawan yang bakal terjejas, bisnes ditutup, tak boleh berniaga dan lain-lain lagi jika usaha langkah sewajarnya tidak dilaksanakan bagi menampung bebanan kos. Langkah sewajarnya perlu diambil untuk elak bisnes gulung tikar.

Tentang RichWorks 


Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).


Sumbangan RichWorks pada masyarakat

Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

Tahun 2021 juga menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan diikuti pula dengan musibah banjir pada akhir Disember lalu. Musibah yang melanda ini telah sedikit sebanyak memberi impak yang besar terhadap usahawan yang terkesan dan lebih menyedihkan apabila barang-barang perniagaan dan premis juga ditenggelami banjir.

RichWorks berjaya telah memberikan sumbangan kilat berjumlah RM500,000 hasil kutipan yang dikumpulkan daripada usahawan RichWorks dan RichWorks sendiri dalam tempoh 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu.


Kenali Datuk Wira Dr Azizan Osman


Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri.

Dr Azizan terkenal dengan keupayaan unik untuk membimbing anak didiknya sehingga mendapat keputusan cemerlang dalam perkembangan diri atau perniagaan.

Ratusan ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga jutaan ringgit.


RichWorks anjur Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman

Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah! 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang!


Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada setiap Ahad jam 8 pagi sepanjang bulan Februari 2022.

Oleh kerana Fiza berminat untuk mengetahui apa yang dikongsikan oleh beliau untuk sesi pertama bulan Februari, sedikit perkongsian, apa yang Dr Azizan kongsikan dalam sesi tersebut.

"Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.



Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.


Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.

Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum."

Dr. Azizan juga berulang kali menyatakan bahawa pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Jika usahawan lagi perlahan dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'. Usahawan perlu hargai apa yang mereka ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Bayangkan jika terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Beliau mengingatkan untuk mereka yang dah ada bisnes,  sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka usahawan perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, pasti akan ketinggalan.

Khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini, Dr. Azizan mengajak semua bangsa usahawan untuk menyertai saluran Telegram beliau pada setiap hari Ahad sepanjang bulan Februari 2022

Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang.


Masih belum terlambat untuk berubah


Kesimpulannya, kita bertuah kerana ada Datuk Wira Dr Azizan Osman yang sentiasa ingin membimbing mereka yang ingin membuka bisnes sendiri. Bayangkan bimbingan yang diberikan daripada "zero" sehingga jutaan ringgit. 

Contoh mudah yang Fiza tengok adalah usahawan produk Nurraysa. Para wanita mesti kenal jenama produk kosmetik Mesra Wuduk yang diasaskan oleh Nur Aini Zolkepeli. Siapa sangka minat bisnes rumpai laut kini bertukar menjadi founder kosmetik berjaya. 

Bagi Fiza ini sangat-sangat memberi inspirasi buat mereka yang ingin melakukan bisnes dan jika dah ada bisnes, teruskan usaha untuk kembangkan. 

Jadi, untuk dapat lebih bimbingan dan ilmu, jangan lupa join Telegram Azizan Osman Official.

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan

    ReplyDelete