Find us on Facebook

CIERA, PEMENANG PELBAGAI ANUGERAH PRODUK MESRA ALAM YANG DIIKTIRAF UNTUK KEPERLUAN PEMBERSIHAN ANDA

Nature Profusion Sdn Bhd merupakan anak syarikat di bawah teknologi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang mengkomersialkan teknologi anti-MRSA dan merupakan pemenang anugerah produk berasaskan tumbuhan dan herba. Syarikat ini bermula dibawah program Program Pembangunan Siswazah FRIM-MTDC (FMBioSis) sejak tahun 2009 dengan FRIM menyediakan teknologi dan kepakaran manakala Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) memainkan peranan untuk membantu pembiayaan dan memberi latihan kepada usahawan untuk berjaya dalam industri. 


Produk ini menggunakan bahan aktif semulajadi berasaskan tumbuhan yang unik untuk membersih, membasmi kuman dan menyahbau walaupun dengan kepekatan yang rendah. Teknologi ini diekstrak daripada campuran tumbuhan unik seperti Aloe Vera dan Teh Hijau sebagai bahan aktif sebagai alternatif kepada penggunaan bahan kimia berbahaya yang sering digunakan seperti Triclosan, Triclocarban, Hypochlorite (peluntur), Chlorhexidine dan Alkohol melebihi 70%. 

Produk ini juga selamat kepada pengguna dan mesra alam kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti Paraben, SLS and Phthalates. Produk Ciera juga mudah terbiodegradasi dan tidak kekal di alam sekitar. Ia juga terbukti membunuh 99.9% bakteria berbahaya seperti Escherichia coli, Staphylococcus aureus, Candida albicansYeast, Aspergillus niger-mould dan Pseudomonas aeruginosa termasuk kuman-kuman kebal antibiotic (MRSA & VISA). 

Jenama Ciera mempunyai sijil Halal (JAKIM), SIRIM Eco Label, MyHijau Mark (Greentech Malaysia) dan dihasilkan oleh kilang bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP). Matlamat utama syarikat ini adalah menjadi peneraju dalam industri antiseptik dan disinfektan berasaskan bahan semulajadi dan organik setanding dengan produk antarabangsa dan menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia. Selain itu, Nature Profusion Sdn Bhd dianugerahkan pelbagai sijil atas kecemerlangan dan pencapaiannya dalam mencipta produk berkualiti seperti Hari Inovasi R&D Selangor 2019, Anugerah Penciptaan Hijau Terbaik (Si2TE 2019), Anugerah Pingat Emas (Si2TE 2019), Penciptaan Terbaik HOMEDEC-ITEX 2018),Anugerah Pingat Emas (ITEX 2018), Anugerah Pingat Emas (Hari Inovasi FRIM 2015), Anugerah Pingat Emas (Hari Inovasi FRIM 2013), Anugerah Pingat Gangsa (Bioinno 2010), Best Invention in Sanitation (Hong Kong Toilet Association 2009) dan lain-lain. 


Produk Mesra Alam yang dihasilkan oleh syarikat ini adalah Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant, Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant Spray, Ciera Eco-Friendly Hand Wash, Ciera Eco-Friendly Instant Hand Sanitizer dan Ciera Eco-Friendly Natural Hand Sanitizer. Antara produk terlaris Ciera adalah Combo Disinfektan iaitu Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant (pekat 800Ll), Ciera Eco-Friendly Disinfectant Spray (500mL, sedia untuk digunakan).


Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant, (800ml pekat, nisbah pencairan 1: 100) adalah pembersih pelbagai penggunaan untuk membersih, membasmi kuman dan menghilangkan bau busuk di rumah anda. Ia dapat membunuh 99.9% kuman termasuk Superbugs MRSA/VISA dan dapat melindungi anda daripada mikrob patogen. Ia sesuai digunakan di pelbagai permukaan seperti kain, kaca, keluli kayu dan sebagainya. Ia diformulasikan dengan kepekatan tinggi iaitu 1:100. Hanya perlu campurkan satu penutup (30ml) ke dalam 3L air untuk cucian dan membasmi kuman tanpa perlu dibilas. 

Selain itu, ia juga tidak merengsa kulit, tidak bertoksik dan selamat digunakan. Produk ini juga dilengkapi dengan 3 haruman menawan iaitu Lavender, Pine dan Floral. Air lebihan daripada cucian boleh digunakan untuk menyiram pokok kerana ianya selamat dan telah terbukti akan terdegradasi dalam masa 14 hari di persekitaran. 


Ciera Eco-Friendly Multi-purpose Disinfektan Spray (500ml, siap digunakan) adalah semburan pelbagai guna yang telah dicairkan untuk membersih, membasmi kuman dan menghilangkan bau. Semburan ini selamat digunakan pada pelbagai permukaan seperti perabot, sofa, dapur, mainan dan tingkap. Tidak perlu dibilas dan bebas dari Triclosan, tidak bertoksik dan mesra alam. Ianya terbukti dapat menghilangkan kesan minyak dan kotoran di permukaan dapur.



Ciera Eco-Friendly Hand Wash (500ml) dapat melindungi tangan anda dengan menggunakan pencuci tangan yang berasal daripada bahan aktif botani dan terbukti boleh membunuh 99.9% mikrob dan patogen. Ia bersifat hipoallergenik yang diuji secara dermatologi dan sesuai untuk kulit sensitif. Ia juga tidak merengsa kulit dan bebas daripada Triclosan, Paraben dan SLS. Di samping itu, rangkaian produk Ciera mempunyai sijil SIRIM Eco Label dan MyHijau Mark daripada Greentech Malaysia. Ia didatangi dengan haruman oren dan terbukti mudah terbiodegradasi.


Ciera Junior Natural Hand Sanitizer (30mL) adalah antiseptik yang unik dan selamat. Diformulasi khas menggunakan bahan berasaskan tumbuhan daripada teknologi AntivaTM yang berupaya membunuh 99.9% bakteria, kulat dan virus dalam beberapa saat. Ia mesra kepada kulit kanak-kanak dan bebas daripada Triclosan, Paraben serta tidak perlu dibilas. Produk ini mempunyai 2 haruman iaitu Fruity dan Fantasy. 


Produk Ciera boleh didapati di pelbagai pasaraya seluruh Semenanjung Malaysia seperti TESCO, MALAKAT MALL, MALAKAT GROCER, SABASUN HYPERRUNCIT dan platform dalam talian seperti di SHOPEE, DUKKAN KITA dan eROMMAN. 

Syarikat ini juga membekalkan produk untuk industri pencucian di Malaysia seperti Kontraktor Perkhidmatan Pembersihan (PETRONAS, GLOBAL GLOBE (M) SDN BHD, RHEA dan CUCIMUCI), Majlis Bandaraya & Institut Penyelidikan (FRIM, MBMB, MPSJ dan SIRIM), Pusat Dialisis (UEMS EDGENTA, ADVANCE PACT) , Pejabat, kilang, sekolah-sekolah dan makmal (MTDC, NEO PRAGMATIK SDN BHD, SECRET BARN SDN BHD & POLY XTRACT SDN BHD) dan Pusat Perkhidmatan Subaru. Ciera juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk penggunaan hospital sebagai pembekal pencuci disinfektan tahap rendah. 


PERADUAN SEMPENA RAMADHAN 



Sepanjang Ramadhan ini, Ciera sedang menganjurkan Cabutan Bertuah Ciera Belanja dan Menang Eksklusif hanya di Tesco. Cabutan Bertuah ini berlangsung sejak 15 April sehingga 15 Mei 2021 dan atas permintaan ramai Cabutan Bertuah ini dilanjutkan sehingga 19 Mei 2021. 

Pelanggan bertuah berpeluang memenangi hadiah menarik seperti:

1. Periuk Edisi Terhad Vantage Sauce Rose Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Seunit) Atau 
2. Jam Tangan Pintar Xiaomi Mi Band 5 (Seunit) 

Mudah saja untuk menyertai Cabutan Bertuah ini, pelanggan hanya perlu mengikuti langkahlangkah seperti berikut: 

Langkah 1: Beli Pembelian minima RM20 dalam satu resit di Tesco layak untuk menyertai 1 cabutan. 

Langkah 2: Whatsapp

a) Hantarkan Whatsapp gambar resit sebagai bukti pembelian ke nombor 601128002932. 

b) FOLLOW FB & INSTA: @ciera.my & screenshot bukti. 

Langkah 3: Cabutan Bertuah Pemenang bertuah akan diumumkan SETIAP MINGGU pada hari Rabu. (21 & 28 April, 5 & 19 Mei 2021) di fb: ciera.my 

Langkah 4: Terma dan Syarat Untuk maklumat lanjut berkaitan Cabutan Bertuah ini, sila layari pautan yang disediakan: 
https://www.facebook.com/ciera.my/posts/4260266173993228

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di alamat : 

NATURE PROFUSION SDN.BHD Block C-G-TG1, FRIM-MTDC Technology Centre II, Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor, Malaysia. Telefon: +603-62625776 

Email: info@np.my


Post a Comment

8 Comments

  1. bestnyeee..nmpknye nk kene ada jugak ni kat rumah..

    ReplyDelete
  2. Brand yg baru zaza kenal ni..kalau ada nak beli nanti blh la usha2 kt shopee

    ReplyDelete
  3. Lengkap untuk satu rumah. Nanti bokeh cari kat Tesco. Brand baru ni.. Boleh cuba

    ReplyDelete
  4. Banyak produk2 Ciera ni rupanya. Oo ada jual dkt shopee ye. Boleh lah try nnti

    ReplyDelete
  5. Xpenah dengar brand ni lagi.. But good to know memandangkan ia boleh digunakan utk seisi rumah

    ReplyDelete
  6. This brand is new to me, will check out coz i also need to buy household products

    ReplyDelete
  7. First time tau psl brand ni baguslah klu mesra alam dan selamat digunakan

    ReplyDelete