Resipi Shell Out ala restoran, sedap dan mudah untuk disediakan

Assalamualaikum. Pikirkan kos nak makan shell out nie memang rasanya elok masak sendiri je. Sebabnya nak sediakan masakan shell out memang tak susah pun. Tak dinafikan kos bahan-bahan seafood memang mahal, tapi kalau makan di restoran lagi mahal.

Tak percaya tengoklah harganya. Jadi kalau dah teringin sangat nak menikmati shell out, Fiza akan kongsikan resipi Shell Out yang mudah dan senang. Boleh kata bahan semua memang ada di rumah kecuali seafood yang banyak-banyak tu.


Bahan-bahan Seafood
  • 3 ekor ketam3 ekor udang XL
  • 1/2 kg Lala
  • 1/2 kg Kepah
  • 1/2 kg udang galah



Bahan-bahan 
  • 6 biji bwg merah *
  • 6 biji bwg putih *
  • halia besar ibu jari *
  • 5 tangkai lada kering (ikut pedas) *
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan Babas
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 helai daun limau purut
  • air asam jawa
  • 1 kiub ayam
  • 1 tongkol jagung
  • Brokoli dan bunga kubis
  • sedikit hirisan lemon *hiasan*


Sotong, ketam, udang galah, yang fresh baru sedap masak

Lala dan kepah

Sayur-sayuran bagi cantik hidangan


Cara-cara penyediaan

1. Potong dan celur

Mula-mula kita potong sayur brokoli dan bunga kubis. Siang seafood. Basuh bersih semua sekali.

Kemudian celur dan rebus dengan air panas. Kalau boleh asingkan setiap seafood terutamanya lala dan kepah sebab risau berpasir.

Nak lagi elok ketuk serai dan rebus sekali dengan lala dan kepah. Yang nie petua mak mertua.

Kepah dan lala dicelur dengan katuk serai


Ketam, udang, sotong dan direbus sekali

Celur bunga kubis sampai lembut

Macam tu jugak brokoli.. celur sampai lembut



2. Penyediaan sos / kuah shell out

1. Kisar bawang merah, bawang putih, lada kering dan halia.

2. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Masukkan daun kari dan barulah masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak.


3. Masukkan bancuhan serbuk kari, lepas tu tumis sampai pecah minyak sekali lagi.

4. Masukkan sos tiram dan sos cili.

5. Masukkan air rebusan seafood (kalau boleh rebusan yang ada ketam, udang), asam jawa, gula, kiub ayam/ kalau tiada kiub ayam masukkan garam dan perasa.

6. Masukkan daun limau purut.

7. Masukkan semua seafood dan sayur yang dicelur tadi. Satukan dan gaul kesemuanya.


8. Siap untuk dihidang. Dah hasilnya...



Resipi Shell Out dengan harga separuh dari restoran

Tercapai juga hajat nak buat shell out di rumah. Lagi senang dah selesa, nak comot sana-sini pun tak kisah. Nak bergelut dengan anak pun tak de siapa tahu. Bayangkan kalau pergi shell out dengan anak-anak, tak boleh bayangkan, shell out ke mana, anak ke mana. 


Jadi bagi korang yang nak cuba, boleh guna resipi yang Fiza sediakan. Memang tak susah pun. Kuah dia tu nak makan dengan ikan pun boleh. Sebab ada rasa kari-kari juga. Selamat mencuba.

Post a Comment

2 Comments

  1. So yummmyyyyyy.. Sedapnya nampak. Letak2 byk2 seafood, sayur. kena plak kuah sedap. Memang syok. Tambah plak kalau makan ramai2

    ReplyDelete
  2. Kenapa ek hidang shellout tak pakai pinggan

    ReplyDelete