Review St. Ives Glowing Daily Facial Cleanser Apricot

Assalamualaikum. Pejam celik kita dan nak masuk ke bulan Disember dan tak lama lagi tahun baru 2021. Tahun 2020 memang tahun yang sangat mencabar buat kita semua. Semoga apa yang kita lalui sekarang akan berakhir pada tahun baru nanti. Walaupun ia mustahil tapi ianya adalah ketentuan Allah. Hanya dia yang maha mengetahui. 

Mukadimah yang agak panjang. Bukan apa, rasa sedih nak tinggalkan tahun 2020.

Okay, untuk review kali ini Fiza nak share mengenai pembersih muka yang mana jenamanya telah dikenali dunia. Sebelum ini ia memang terkenal dengan scrub muka dan kali ini  St. Ives mengeluarkan cecair pembersih muka harian. 

Review St. Ives Glowing Daily Facial Cleanser Apricot | Terbaharu dengan 4 pilihan pembersihan sama ada untuk mendapatkan wajah yang Hydrating, Glowing, Blemish Care atau Soothing. Fiza memilih St. Ives Glowing Daily Facial Cleanser Apricot dengan manfaat glowing.


Baunya sangat wangi dan menenangkan. Terasa hilang segala kekotoran di wajah. Hilang segala minyak di muka. Bagi korang yang ada masalah kulit wajah yang kering atau berminyak, boleh cuba St. Ives Glowing Daily Facial Cleanser Apricot. Ekstrak aprikot juga dapat membantu melembutkan dan menghaluskan kulit.


Mengandungi 100% ekstrak aprikot semula jadi


Satu pum cukup untuk membersihkan seluruh wajah


Daily facial cleanser yang Fiza sangat suka


St. Ives Glowing Daily Facial Cleanser Apricot merupakan cleanser harian yang dapat membantu menghidrat kulit. Mengandungi 100% ekstrak aprikot semula jadi. Kulit wajah akan terasa halus dan glowing selepas menggunakannya. Boleh digunakan setiap hari untuk menghilangkan kotoran dan minyak di kulit wajah.

Kalau nak beli boleh layari Watsons Malaysia atau dapatkan di Shopee Malaysia https://shp.ee/yyzmays

Post a comment

0 Comments