Berkelah di Perkelahan Pasir Kubur Sungai Lembing, kereta boleh masuk parking dalam air

Assalamualaikum. Salam hujung minggu untuk pembaca yang singgah ke blog fizaizawa.com. Lama peram cerita kami bercuti di Kuantan, Pahang. Kami bercuti sebelum Negeri Selangor diisytiharkan PKPB buat kali kedua. Jadinya hari ini nak cerita pasal tempat berkelah yang unik dan kalau orang Kuantan, mesti kebanyakkan dah pernah berkelah di sini. 


Berkelah di Perkelahan Pasir Kubur Sungai Lembing, kereta boleh masuk parking dalam air | Apa yang unik sangat sungai ini. Pada mulanya adik Fiza cadangkan untuk berkelah di sini. Katanya kereta pun boleh masuk dan parking dalam air. Dalam fikiran memikirkan, macam mana kereta nak masuk? Sungai mesti ada tebing? Betul tak. Okay jadinya kami sepakat pagi-pagi selepas sarapan pagi terus bertolak ke Sg. Lembing.

Perkelahan Pasir Kubur terletak di Sg. Lembing dan ia mengambil masa lebih kurang 30-40 minit dari Kuantan. Jadi tak lah jauh mana. Ia juga berdekatan dengan kubur. Sebelum masuk kawasan ini akan lalu kubur dahulu. Sebab itulah agaknya diberi nama Pasir Kubur.


Sewaktu kami tiba hampir tengah hari, berderet kereta telah mengambil parking masing-masing di sepanjang sungai. Memang sungai ini tiada tebing dan sangat luas. Hari minggu memang ramai sungguh pengunjung dan kebanyakkan bersama keluarga. Tempat berkelah dan bersantai bersama ahli keluarga, sungai adalah tempat yang terbaik.

Bekalan kami stok jajan je


Pertama kali Huwainaa mandi sungai. Macam biasa dia panggil kolam. Budak-budak memang suka kalau main air. 


Betul kereta pun boleh masuk dalam sungai, nak cuci kereta jap


Mandi sungai sambil makan ais krim, kan nikmat tu


Lepas makan sambung main air








Bila menulis dan imbas kembali kenangan, terasa rindu hendak pergi bercuti. Selagi Selangor masih PKPB selagi itulah duk bertapa dalam rumah. Harapnya ia akan berakhir secepat mungkin. Tak sabar nak pergi bercuti lagi.

Video berkelah di Pasir Kubur Sungai Lembing pun Fiza telah siapkan dan dah upload lama kat Youtube. Sudilah view. 


Terima kasih kerana sudi membaca, salam hujung minggu.
Wassalam.







Post a comment

0 Comments