Pengalaman beli barangan IKEA secara online, mudah dan cepat

Assalamualaikum. Alahai lama nya tak update blog. Mana tak nya mood memang kelaut sejak WFH nie. Malas nak ngomel panjang, terapi untuk kembalikan mood macam biasa lah, shopping.  Duduk rumah pun boleh cuci mata dan cuci duit sekali. Matilanak. Sekali sekala nak jugak lah ubah rumah nie sebab kalau tengok menda sama je memang bosan. 

Beli barang IKEA di Shopee : https://shp.ee/yyzmays



Pengalaman beli barangan IKEA secara online, mudah dan cepatJadinya sempena 11.11 hari tu pasti ramai yang duk belek Shopee, Lazada, PG Mall dan apa sahaja online platform kan. Tapi Fiza belek-belek barang di IKEA Online. Fiza pun tak tahu sejak bila boleh beli online nie sebab sebelum ini kalau kita nak beli kita boleh belek-belek, order dan pick up sendiri. Kali ini tak perlu nak upah personal shopper IKEA. Hanya klik klik settle. 

Macam Fiza jenis tak kisah barang sampai cepat atau lambat. Jadinya proses penghantaran IKEA 5 hari waktu bekerja. Tapi sebenarnya tidak pun. Fiza order Sabtu, Selasa dah sampai. Kira cepatlah jugak kan.




Lepas itu barang yang Fiza beli semuanya kaca. Bayangkan risiko yang Fiza ambil tapi IKEA tak kan dorang hendak buat sambil lewa. Pembungkusan dia memang terbaik. Boleh kata kalau parcel Fiza nie tergolek-golek jatuh pun memang gerenti barang dalam tu tak akan pecah.

Masa nak unboxing barang satu per satu pun sampai berpeluh-peluh dibuatnya. Memang tebal sungguh wrapping dorang buat. Ini semua untuk elak barang pembeli pecah.

Contoh pembungkusan pasu bunga


Semua barang untuk meja makan


Set pinggan mangkuk dan mug


Sebelum dan selepas


Memang puas hati 


Proses pembelian pun Fiza buat melalui smart phone je. Pembayaran cepat, penghantaran cepat dan memang puas hati. Settle meja makan. Dah lama teringin nak ada meja makan gini. Semua made in IKEA kecuali alas meja tu. Alas meja Fiza beli kat Shopee sebab warna merah gini tak jumpa kat IKEA.

Jadi korang yang ada pengalaman beli online kat IKEA boleh share dengan Fiza. Mungkin korang beli perabot terus, atau barang lebih besar. Sudilah untuk share di komen.

Wassalam. 

Post a comment

0 Comments