Cara Pakai & Fungsi CC Cream Yang Tahan Lama | Hansaegee Nature

Assalamualaikum. Kalau sebelum ini Fiza pernah kongsikan mengenai buih pembersih muka dari Hansaegee Nature, kali ini Fiza hendak kongsikan pengalaman dan penggunaan krim muka iaitu Gold Nano CC Cream. Krim ini adalah Tri-functional cosmetic yang mana ia berfungsi mencerahkan, berfungsi sebagai anti- kedutan dan juga memberi perlindungan terhadap sinaran matahari.



Cara Pakai & Fungsi CC Cream Yang Tahan Lama | Hansaegee Nature  | Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ini bukan sahaja mudah untuk digunakan, malah ianya krim yang sangat selesa untuk dipakai. "Gold Nano CC Cream" adalah krim yang mempunyai banyak manfaat hanya dalam satu hari krim. 


Gold Nano CC Cream buatkan kulit wajah Fiza cerah sekata

Gold Nano CC Cream terdiri daripada 3 ramuan utama iaitu:

🌼“Mineral Water” – Membantu mengekalkan keseimbangan PH kulit, dengan itu ia membantu penyerapan secara mendalam serta meningkatkan keanjalan kulit.

🌼“Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract” -  Membantu melegakan kerengsaan kulit, Anti-bakteria, dan membantu melegakan masalah kulit.

🌼“Nano Gold” – Membantu mencegah penuaan kulit, memberi perlindungan terhadap pancaran inframerah, aktiviti antimikrob yang tinggi serta antioksidan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk boleh layari https://hansaegee.com/shop/s-recover-cc-cream.html


Cara penggunaan

Titik-titik pada wajah dan sapukan secara lembut pada muka keseluruhan muka dan leher dengan tangan atau jari.


Sapukan ke serata muka. Krim bewarna putih ini akan blend mengikut tona kulit wajah kita secara semulajadi. Ia juga seimbang dengan kulit wajah kita. 


Sapuan krim yang mengikut warna kulit




Gold Nano CC Cream secara fizikal adalah krim berwarna putih, tetapi apabila Fiza sapukan pada kulit wajah, ia secara semulajadi bertukar mengikut dengan kulit kita. Krim ini mengubah warna untuk memenuhi tona kulit kita secara semulajadi, jadi kulit tampak bersinar dan licin. Biarkan Fiza tunjukkan kepada bagaimana tekstur Gold Nano CC Cream yang berwarna putih bertukar mengikut tona kulit kita. 


Gambar seperti di bawah:




Seperti namanya Color Control Cream (CC Cream), ia mengubah warna krim mengikut tona warna kulit kita. Dengan itu, ia sekaligus mencerahkan kulit secara semulajadi, kulit kelihatan bercahaya dengan semulajadi, lembut, tidak berminyak, tidak melekit dan rasa ringan.

CC Cream berwarna putih, teksturnya ringan dan tidak melekit
Ratakan pada kulit, CC Cream kelihatan ringan, lembap dan tidak berminyak.

Kulit berminyak dan berpeluh? Tiada masalah 

Cuaca di Malaysia memang kita dah sedia maklum panas. Kalau keluar waktu tengah hari mesti kulit akan berpeluh. Jenis Fiza pula bila dah berpeluh mula lah muka jadi berminyak. Kalau pakai CC Cream nie, dah tak perlu risau lagi. Berpeluh pun tak jadi hal. Lap je muka. Yang paling best ia tidak bercapuk.


Bila lap pun kulit masih segar dan tidak tinggalkan kesan krim pada tisu
Walaupun kulit berminyak ia tidak bercapuk


Kesan sapuan Gold Nano CC Cream

Menjadi rutin setiap hari sebelum keluar rumah, Fiza akan sapukan Gold Nano CC Cream dari pada wajah. Nak tahu sebab apa, krim ini sangat mudah untuk digunakan. Untuk Fiza sendiri, memang menjadi kewajipan untuk memakai make up sebelum keluar rumah. Tapi, sejak ada Gold Nano CC Cream, tak perlu lagi untuk pakai foundation atau bedak kompak. Hanya dengan sapuan krim, tiada lagi kulit kusam sebelum keluar rumah. 


Gold Nano CC Cream didatangkan dengan SPF 50 PA +++ yang mana ia sekaligus lindungi kulit dari sinaran matahari. Selain itu ia berfungsi menutup kedutan halus di wajah serta menjadikan kulit wajah Fiza cerah sekata. 


Dap dap kan pada muka
Sapukan CC Cream secara perlahan-lahan


CC Cream sebagai make up based

Dan satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian adalah, CC Cream ini boleh digunakan sebagai bedak asas solekan. Kalau pakai CC Cream, solekan kita akan lebih cantik dan tahan lama. Kalau seharian mengenakan alat solekan, petang mesti kulit kita akan berminyak, tapi dengan penggunaan CC Cream, kulit masih kelihatan glowing dan membantu solekan kekal lama. 





Hansaegee Nature 100% Original Made in Korean. Tiada Paraben, Tiada Alkohol, Tiada Sulfat. Sesuai untuk kegunaan harian mudah dan cepat untuk digunakan serta sangat sesuai untuk wanita Malaysia. Untuk lebih info, boleh layari :


🍁Brand: Hansaegee Nature 

Post a comment

0 Comments