Berkelah di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh

Assalamualaikum. Baru sempat nak update cerita waktu pulang ke kampung CNY baru-baru ini. Memandangkan terlalu sibuk dengan kerja dan review, tertangguh cerita pasal bercuti. Menjadi tradisi famili kami pula pergi berkelah dan ambil angin pantai setiap kali pulang ke kampung. 


Berkelah di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh | Pantai yang selalu kami akan pergi adalah Pantai Tok Bali. Bagi yang pernah ke sini memang tahu pantai ini boleh dikatakan masih terpelihara dari sampah. Tapi kawasan-kawasan tertentu jugak. Kami pilih tempat yang kurang pengunjung. Nak privasilah katakan.


Datang dengan Mak mertua dan adik ipar. Waktu cuti sekolah Thaqif boleh berkumpul dengan sepupu dorang. Aktiviti kami memang santai, bakar ayam, bihun goreng siap-siap dari rumah. Budak-budak macam biasa nak main pasir dan mandi laut.






Cuaca pun cantik jer. Memang best berkelah dengan cuaca macam nie. Dalam pukul 3 petang suami ajak berjalan ke Kuala Terengganu. Yang lain semua bersetuju. Fiza pun terpinga juga sebab kami memang tidak membuat sebarang perancangan untuk ke sana. 

Yang ada hanya baju Thaqif dan Huwainaa, itu pun persalinan untuk lepas mandi laut. Sebab keputusan dibuat, Fiza mula mengatur tempat penginapan dan boleh dikatakan percutian di Kuala Terengganu nanti sehelai sepinggang tau.

Nantikan update seterusnya.

Wassalam.

Post a comment

1 Comments

  1. Waalaikumussalam Fiza.

    Syok tengok korang berkelah. Bakar² ayam. Mandi, main pasir. Borak². Nikmat 🥰

    Ruby pun lama dah tak ke pantai sejak isu influenza dgn covid 19 ni.

    Kalau pergi ke PD lah.

    Fiza orang tganu ke?
    Kampung Ruby di penarik

    ReplyDelete