Assalamualaikum. Tidak sabar rasanya nak menceritakan pengalaman bercuti dan menginap selama 2 hari 1 malam di Tok Aman Bali Beach Resort yang terletak di Resort Kampung Dalam Rhu Semerak, Tok Bali, Kelantan. Ini adalah hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6 iaitu pada 26 Mac 2017.
Tempahan semestinya dibuat di laman sesawang Agoda sebulan sebelum percutian dan pastinya ia tidak pernah mengecewakan.
Dengan harga serendah MYR 398.42 untuk 2 bilik Deluxe Queen (setelah ditolak diskaun dan mata ganjaran), tidak sangka bilik yang disediakan sangat cantik dan terbaik. Fiza bagi 5 bintang.
Tok Aman Bali Beach Resort
Laluan menuju ke lobi dan kaunter pendaftaran.
Tempahan untuk dua bilik, kami dan famili mertua.
Pintu masuk menggunakan sistem touch card.
Bila buka pintu bilik, perkataan yang keluar dari mulut ialah "wow". Kemas, teratur dan kemudahan dalam bilik yang serba lengkap.
Katil bersaiz Deluxe Queen
Meja tulis
Bilik mandi
Tab Mandi
Kelengkapan peribadi
Pengering rambut
Pembuat kopi / teh dan peti sejuk.
Bilik kami mengadap tasik dan keliahatan dari jauh pesisir Pantai Bisikan Bayu daripada balkoni bilik kami.
Pemandangan tasik
Pemandangan Pantai Bisikan Bayu.
Gambar kami sekeluarga
Kemudahan seterika dan peti simpanan turut disediakan.
Terdapat kolam mandi untuk dewasa dan juga kanak-kanak.
Sarapan pagi turut disediakan untuk pengunjung yang menginap di sini. Pelbagai jenis juadah makanan disediakan dalam bentuk buffet. Pilih sahaja nak makan apa, semuanya sedap-sedap belaka.
Sarapan kueh tiow goreng, cucur udang, roti dan baked beans serta hot dog.
Pencuci mulut
Kedai cenderamata
Lobi
Taman permainan
Dekorasi Lanskap
Tok Aman Bali Beach Resort menyediakan kemudahan yang lengkap dan sangat sesuai untuk membawa ahli keluarga bercuti bersama anak kecil. Suasana resort yang sangat aman dan damai membuatkan percutian 2 hari 1 malam kami tidak puas dan kalau boleh nak duduk lama lagi.
Booking kat sini --> Tok Aman Bali Beach Resort
Apa aktiviti yang kami buat sepanjang berada di sini. Update akan menyusul kemudian. Tunggu ya.
Baca lagi : Kemudahan Rekreasi di Tok Aman Bali
Wassalam.
4 Comments
wow..mewah..:)
ReplyDeletefae suka mkn konsep buffet hehehe blh ambil byk2
ReplyDeleteWaahh best nya !!!! happy belated anniverssary tau, smoga fiza dan little family sntiasa dlm redha Allah swt dan di kurniakan rezeki yg baik.. amin. Xjauh beza tarikh wedding anniversary kita =D ju 30 Mac
ReplyDeleteKalau tengok dari gambar memang sesuai bawa anak-anak kat sini....
ReplyDelete