Find us on Facebook

Menjamu selera di Williams Corners, Kelana Jaya

Assalamualaikum, pertama sekali Fiza nak mohon maaf sebab langsung tak BW dan membalas kunjungan kawan-kawan semua. Masa Fiza betul-betul suntuk. Ngadap blog pun semata-mata untuk update blog jer.. komen-komen korang semua masih dalam awaiting moderation sebab niat nak balas kunjungan tu memang ada.

Minggu lepas kami sekeluarga ke William Corners di Kelana Jaya. Tempat makan nie famous dan lebih kurang mcm cafe dan open air macam kedai mamak. First impression macam tak percaya dengan gaya santai dan digelar humble cafe, tapi sajian makanan memang tip top.. macam 5 star hotel..

sumber
nie suasana sebenar waktu malam..  

sumber
Williams Corner 

Cafe dibuka jam 6 petang
Servis pun cepat sebab kami tiba lebih kurang jam 6 petang. 

Menu simple atas blackboard

Williams Corner terkenal dengan soda herbs.. Dengan gelas yang besar, rasa dia memang terbaik. Dalam soda herbs nie ada ais krim soda, laici, longan, serai, lemon, daun pudina dan asam boi.

Soda herbs 

Gelas lebih besar daripada Thaqif

Menu wajib cuba Anti Pesto..

Datang dalam pilihan ayam, daging lembu, lamb, Ribs BBQ Beef
itik salai, daging salai, ayam salai.. pilih je nak apa dalam pinggan besar tu 

sos untuk Anti Pesto 

Seafood Rissotto.

boleh pilih clams, Scallops, Tiger Prawns, Stuff Squid
Bamboo Clams dan pilihan ikan.. kami pilih ikan salmon

Thaqif pun Fiza suap semua.. dah boleh makan kan.. 

Nampak mewah dan harga pun sangat berpatutan. Cafe nie juga menyediakan masakan panas biasa seperti nasi goreng. Pendek kata dari makanan yang biasa-biasa sehingga luar biasa. Mintak apa sahaja, sure dorang akan buat. 

Dah janji dengan En. Hubby nak datang ke sini lagi.. memang sedap sangat.. tak rugi kalau bawa keluarga besar ke sini. 
Wassalam.

Post a Comment

1 Comments