Cheekaaboo Cutest Crybaby

Assalamualaikum.. minggu lepas Fiza hantar penyertaan untuk Cheekaaboo Cutest Crybaby.. Kot la ada rezeki Thaqif.. Alhamdulillah Thaqif dapat hadiah saguhati. Untuk pengetahuan semua, Cheekaaboo nie adalah a unique collection of fun & vibrant protective swimwear and floaties designed for the comfort of your precious little ones (copy and paste). Boleh lawati http://cheekaaboo.com/ untuk maklumat lanjut.
Balik semula kepada cerita, sebabkan contest nie berkaitan crybaby, Fiza pun hantar gambar kat bawah nie..
Gambar nie diambil kat Cameron Highland, Thaqif nangis sebab nak tidur.
Video nie boleh tengok kat FB Cheekaaboo
Semalam keputusan dah keluar, Thaqif dapat hadiah saguhati.
Tahniah pada baby yang berjaya jadi juara, gambar baby menangis semua comel-comel, mesti susah juri nak buat pemilihan. 
Boleh la survey2 swimming suit untuk Thaqif. Memang niat nak bawa Thaqif belajar berenang, tapi tak tahu la, anak Fiza setakat nie takut air.. hehe..  Wassalam.

Post a comment

4 Comments