Find us on Facebook

Hantar Baby Thaqif ke nursery buat pertama kali

Assalamualaikum.. pada 6hb Julai 2015, Fiza dah hantar Baby Thaqif ke nursery baru area Tasik Biru. 

Lega bila ada tempat nak letakkan Thaqif. Bukan apa kita sebagai mama memang berat sangat rasanya nak bagi anak kita orang lain jaga. Sampai pernah terfikir untuk berhenti kerja, siap letak surat berhenti tapi tarik balik sebab bila fikir masak-masak, rezeki Allah beri kerja pun satu rezeki yang besar untuk menambah pendapatan kami sekeluarga.

Ecah anak Kak Nor, sayang betul kat Baby Thaqif 

Syukur bila jumpa nursery yang bagus untuk Thaqif. Lagipun ada 2 member pejabat yang hantar anak di sini. Memang lega tak terkira. Boleh la Fiza kerja dengan tenang lepas ini. 


Tapi, Baby Thaqif sempat kawan ngan Ecah 5 hari jer sebab Kak Nor (member opis) sekeluarga  dah nak pindah ke Kedah. sedih sebab Kak Nor memang dah lama kerja kat GSC. Nanti Fiza updatekan Jamuan Berbuka Puasa dan Majlis Perpisahan Kak Nor.

Wassalam.

Post a Comment

1 Comments

  1. Alaaaaa nomey nya thaqif :)
    BTW selamat hari raya aildilfiri maaf zahir batin :)

    ReplyDelete