Percutian di Pulau Pangkor : Melawat Kilang Satay Eng Seng Pangkor Food Indusrty dan bersiar-siar di Taman Fu Lin Kung

Assalamualaikum. Aktiviti dan lawatan pertama kami adalah ke Kilang Satay. Di sini boleh siap-siap beli buah tangan untuk keluarga dan rakan pejabat. Kami terus beli apa yang patut untuk dibawa pulang sebab lepas ini tak singgah ke sini lagi.

Kilang satay

sotong kering..my favorite

Makanan kering ikan, sotong semua ada.


Seterusnya kami ke Taman Fu Lin Kung. Sedikit Info mengenai Taman Fu Lin Kung.

Fu Lin Kung adalah sebuah kuil Cina di Pulau Pangkor. Ramai pelancong China akan melawat dan berdoa di kuil ini untuk mendapatkan merahmati dari tuhan. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa kuil Cina hanya tempat kegemaran untuk Cina sahaja. Kaum lain dan pelancong asing juga suka tempat ini kerana Fu Lin Kong adalah salah satu kuil yang popular di Pulau Pangkor dan persekitaran yang indah untuk mengambil gambar.


Fu Lin Kong mempunyai pelbagai patung Buddha di dalam kuil dan kolam sekitar. Ramai pelancong akan membuat hasrat mereka dalam kuil ini kerana mereka percaya hasrat akan menjadi kenyataan.

kawasan cantik tuk bergambar

Macam berada di Negara China

Bergambar tak agak-agak.. sabar jelah

Keychain dan Fridge Magnet banyak dijual di sini dan menjadi barang wajib untuk dibawa pulang.

Banyak pilihan dan cantik-cantik semua

Pemandangan sekitar taman

Destinasi seterusnya kami ke Kota Belanda, tempat tinggalan sejarah yang wajib dikunjungi. Bersambung. 

Sign board ke Kota Belanda

Post a comment

2 Comments