Find us on Facebook

K-Drama Review : My Love from the star

Untuk K-drama review kali nie, Fiza nak cerita sikit mengenai drama My Love from the star yang sekarang nie disiarkan pada Rabu dan Khamis jam 8.55 malam  di saluran Astro 393HD.

Sinopsis:
File:You Who Came From the Stars Cover.jpg
My Love from the star

pelakon utama

Sinopsis

Do Min- Joon (Kim Soo-hyun) adalah makhluk asing yang mendarat di Bumi pada tahun 1609 semasa Dinasti Joseon. Disebabkan kapal angkasanya rosak, dia terkandas di planet bumi sejak empat abad sehingga kini. Beliau mempunyai penampilan yang hampir sempurna, kebolehan fizikal melebihi manusia biasa dari segi  penglihatannya, pendengaran dan kelajuan, dan mempunyai pandangan sinis mengenai manusia. Pada Zaman Joseon, dia telah bertemu seorang gadis muda yang diselamatkan dari kematian, tetapi gadis muda tersebut mati ketika cuba menyelamatkan dia daripada ancaman bahaya.

Do Min- Joon terpaksa mengambil identiti baru setiap sepuluh tahun, memandangkan wajah dan bentuk badan beliau tidak berubah walaupun zaman berubah dan kekal muda seumur umur.

Pada zaman sekarang, dia bekerja sebagai profesor kolej dan suatu hari, beliau terlihat komet yang datang dalam tiga bulan sebagai petanda  dia akan dapat kembali ke planet semula. Dalam pada itu juga beliau tidak sengaja bertemu pelakon terkenal Cheon Song- yi (Jun Ji-hyun) , bintang Hallyu yang terbesar di Korea, yang tinggal secara kebetulan tinggal bersebelahan partment mewah dan juga pelajar kepada Do Min- Joon. 

Song- yi mempunyai perangai adalah buruk, tidak pernah belajar bagaimana untuk hidup kehidupan yang normal.  Min- Joon mendapati bahawa Song- yi kelihatan seperti gadis muda yang pernah dicintainya dalam era Joseon. Bagaimana dia nak menghadapi Song-yi dan kehidupan dia yang bakal berakhir dalam 3 bulan di bumi, semuanya akan terjawab dengan menonton cerita ini.

Pelakon utama:

Jun Ji-hyun sebagai Cheon Song- yi

Kim Soo-hyun sebagai Do Min- Joon  
hensom giler mamat nie... wink..wink.

Yoo In-na sebagai Yoo Se-mi

Park Hae-jin sebagai Lee Hwi-kyung

Cerita memang best untuk dilayan. Rugi kalau tak tengok tau. Fiza bagi 10/10 untuk cerita My Love from the star.

Post a Comment

19 Comments

  1. Tak pernah miss tengok lagi.....memang best...tapi slow sikit citernya.., he3

    ReplyDelete
  2. macam best je drama ni.
    pelakon pon hensem dan comel2 belaka :)

    ReplyDelete
  3. cerita ni best gila, kadang2 lawak pun ada xD pelakon2 dia mmng pandai main watak

    ReplyDelete
  4. kenal Yoo In-na sorang je.. hik3..

    ReplyDelete
  5. best drama ni tp ninaa baru sempat tengok sampai episod 3.

    ReplyDelete
  6. best drama ni tp ninaa baru sempat tengok sampai episod 3.

    ReplyDelete
  7. I'm watching this drama too! Sangat-sangat best. Highly recommended.
    Sekarang dah tengok sampai ep 17.

    ReplyDelete
  8. Jgn tanya akak apa2 pasal korea,sbb 1 pun akk x tau.huhuu

    ReplyDelete
  9. tak pernah lg tgk drama ni.. jarang ada masa nk tgk. huhu

    ReplyDelete
  10. mood nak layan drama korea blm sampai lagi.. hehe

    ReplyDelete
  11. A blogger suggested this drama to watch as well, but Idk where to download it since the line in my campus is bad for streaming x)

    ReplyDelete
  12. wah.. menarik tu cerita alien..

    ReplyDelete
  13. Bca sinopsis cm best ja..tp xda astro kt uma so xdpt tgk :)

    ReplyDelete
  14. zara xtgk sgt kalo korea ni.. heheh

    ReplyDelete
  15. Unni x berpa layan korea ni tp lelaki tu hensom

    ReplyDelete