Find us on Facebook

Raya Macam Dulu-Dulu Bersama Koleksi Hari-Hari Raya 2026

Kalau sebut pasal raya, mesti ramai yang terus teringat zaman kecil dulu. Waktu tu, antara momen paling seronok adalah bila ibubapa bawa pergi shopping baju raya. Dari satu kedai ke satu kedai, cuba macam-macam warna dan design. Walaupun penat berjalan, rasa teruja tu memang tak boleh digambarkan. Semua kenangan kecil inilah yang buat kita selalu rindu “Raya macam dulu-dulu.”


Raya Macam Dulu-Dulu Bersama Koleksi Hari-Hari Raya 2026 | Macam biasa kami sekeluarga akan ke Pusat Pakaian Hari-Hari yang terdekat iaitu di Pusat Pakaian Hari-Hari Cawangan Bandar Baru Sg. Buloh


Tahun ini, Koleksi Hari-Hari Raya 2026 hadir dengan inspirasi nostalgia raya yang simple tetapi penuh makna. Rekaan yang selesa dan versatil sesuai dipakai dari pagi raya hingga ke rumah terbuka. Paling penting, Hari-Hari sentiasa di sisi, menemani setiap detik indah bersama keluarga.



Selain pilihan baju raya yang pelbagai, terdapat juga pelbagai kelengkapan raya yang boleh melengkapkan penampilan sedondon kami seisi keluarga. Dari baju yang selesa dan bergaya hingga aksesori raya, semuanya tersedia untuk memastikan persiapan raya anda lebih mudah dan lengkap di satu tempat.








Lebih menarik, bermula 21 Februari, ada juga tawaran istimewa untuk pelanggan. Untuk setiap pembelian RM120 dan ke atas, anda akan menerima Freegift Paket Raya. Manakala pembelian RM200 dan ke atas pula akan mendapat Freegift Woven Beg eksklusif, sementara stok masih ada.




Kalau nak lebih berjimat, jangan lepaskan peluang untuk jualan clear stock baju raya dengan harga yang sangat berbaloi, bermula serendah RM5, RM10 dan RM25 sahaja.

Dengan tema “Raya Macam Dulu-Dulu”, kempen ini juga membawa vibe yang lebih santai dan dekat dengan memori kita semua. Ada elemen emosi, sedikit humor dan keterujaan yang boleh dikongsi oleh KOL melalui content di outlet dan suasana kampung.



Kadang-kadang, yang buat raya terasa istimewa bukanlah perkara besar, tapi memori kecil yang kita cipta bersama orang tersayang. Dan untuk raya tahun ini, biarlah tahun ini,  Raya Macam Dulu - Dulu, Hari-Hari sentiasa disisi.

Post a Comment

0 Comments