Find us on Facebook

Pengalaman menginap di Grand Court Hotel Teluk Intan, dekat dengan Menara Condong Teluk Intan

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya korang!! Lamanya tak update blog.. dekat sebulan jugak lah kan. Bulan puasa hari tu banyak sangat job review sampai nak menulis blog pun tak sempat. Rezeki bulan puasa hari tu. Sekarang nie malas nak accept job review dah, nak rehat la pula. Nak fokus menulis dan update kat blog pulak. Banyak cerita pending sampai penuh dah memori phone nie. 


Pengalaman menginap di Grand Court Hotel Teluk Intan, dekat dengan Menara Condong Teluk Intan | Cerita raya 2024 nantilah kita update. Kita sambung story staycation kat Perak tahun lepas. Dah masuk bulan April, story tahun lepas pun tak habis lagi nie.. Apo la kan. Jom sambung. 

Lepas melawat Kapal Korek hari ketiga kami meneruskan perjalanan ke Teluk Intan. Memandangkan rasa malas nak balik Selangor lagi husband decide untuk ambil satu lagi di Teluk Intan. Kata dia boleh jalan-jalan tengok suasana malam kat Teluk Intan. 


Kami sampai dalam waktu terus check in sebab dah petang kan. Memang tak sabar nak masuk bilik, rasa tak selesa mandi peluh kat tempat kapal korek tadi. Cerita pasal kapal korek tu korang boleh baca kat sini --> TT5 Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5, banyak aktiviti menarik kat sini


Hotel Grand Court, Teluk Intan bertaraf 3 bintang. Tak nampak mewah sangat tetapi hotel dia kemas dan bersih. Bilik pun luas, harga pun murah. Kalau korang booking kat Agoda, lagi murah. 

Lobi dan front desk

Bilik Standard Queen

TV Satellite/cable channels

Coffee/tea maker

Peti sejuk

Toiletries

Bilik air luas

Katil Queen

Hotel nie memang hotel persinggahan. Kolam renang memang tak de, tapi kat sini ada bilik karaoke tau. 

Malam tu kami dinner food garden Teluk Intan. Kat sini banyak restoran-restoran untuk makan malam. Jenuh rambang mata tak tahu mana nak pilih. Tapi kami pilih restoran yang tak ramai orang sebab perut dah lapar. 






Bila dah kenyang barulah kami gerak ke Menara Condong Teluk Intan. Nak tengok suasana malam minggu kat sini. Tak sangka tersangat happening. Ramai betul family yang bawa anak-anak lepak sini. 






Menara Condong Teluk Intan memang cantik waktu malam. Last datang sini seingat Fiza tahun 2016, waktu tu Thaqif baby lagi, itu pun waktu siang. Seronok lepak sini, dapat dengar buskin, anak-anak main buih sabun. Family yang datang lepak sini siap bentang tikar, piknik terus. 

Kami pun lepak tak lama. Balik hotel husband ajak pergi karaoke. Kami on la. Thaqif dengan Huwainaa memang suka sangat menyanyi, dapat mic kat dorang, habislah takde can mama nak menyanyi. 





Maka berakhirlah percutian kami 4 hari 3 malam di Perak, 3 hari di Ipoh dan 1 hari di Teluk Intan. Seronok jugak cuti lama-lama nie. Cuti pula bersama anak-anak, doranglah yang paling happy. 

Kalau korang ke Teluk Intan, boleh la stay Grand Court Hotel nie. Booking kat sini --> Grand Court Hotel, Teluk Intan 

Wassalam.  

Post a Comment

1 Comments