Find us on Facebook

Kempen Solidariti Bersama Oligo, membeli sambil menderma ke Gaza melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Malaysia

Assalamualaikum. Salam Ramadhan diucapkan buat semua pembaca. Sedar tak sedar sudah seminggu lebih umat Islam telah menjalani ibadah puasa. Dikala kita sedang berada dalam situasi selesa, dapat berbuka puasa dengan keluarga tersayang, jangan dilupa saudara-saudara kita yang berada di Palestin.


Kempen Solidariti Bersama Oligo, membeli sambil menderma ke Gaza melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Malaysia | Dengan kesedaran dan sifat perikemanusian, syukur banyak Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang komited untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan bagi Palestin sebagai tanda solidariti terhadap nasib rakyat Palestin.

Jangan ingat kita rakyat Malaysia rakyat marhean tidak boleh bantu dari segi kewangan. Kalau korang penggemar minuman coklat Oligo, pilihan itu adalah tepat kerana dengan membeli produk Oligo, ia akan memberikan impak yang bermakna buat penduduk Gaza.


Solidarity bersama Oligo 


Syarikat Power Root Sdn Bhd (Power Root) telah menyampaikan sumbangan RM250,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima dalam usaha membantu misi kemanusiaan penduduk Gaza pada 20hb Februari 2024 yang lalu. Setakat 12hb Mac 2024, sokongan solidariti untuk bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Malaysia telah mencapai RM277,345.


Jom kita support Oligo, kecil sumbangan, besar impaknya

Oligo sentiasa menyokong misi kemanusiaan ke Gaza. Demi bantu meningkatkan kesedaran masyarakat, korang juga boleh membeli sambil menderma. Dengan setiap pembelian Oligo serbuk menyumbangkan sebanyak RM0.50, dan produk sedia dimimun akan menyumbang sebanyak RM0.10 ke bantuan solidariti ini. Bagi mengekalkan momentum ini, Fiza akan setia dengan Oligo dan sama-sama menyokong dengan membeli produk Oligo.

Pilihan kita terhadap produk Oligo sedikit sebanyak memberi impak yang besar terhadap rakyat Gaza. Marilah kita menyokong misi bantuan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Malaysia. Ingat!! walaupun sumbangan kita kecil, tetapi impaknya sangat besar buat penduduk Palestin.


Oligo berwajah baru, rasa tetap sama!!!

Packaging Oligo makin mantap bila ada wajah Dato' Azizulhasni Awang, jaguh berbasikal trek negara. Kalau dulu ada gambar tupai comel, sekarang dah tukar. Tapi korang jangan risau, rasa Oligo coklat Belgium premium masih sama. 


Oligo dengan penuh bangga menerima Dato' Azizulhasni Awang, sebagai Duta Oligo. Melalui gandingan Azizulhasni bersama Oligo, syarikat Power Root berharap ia akan memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengejar kecemerlangan, mempunyai kecekalan serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti beliau.


Oligo minuman coklat malt yang lazat

Selama bertahun-tahun, Oligo telah berkembang dan kini namanya sudah menjadi menjadi terkenal dengan jenama minuman coklat yang  kekayaan nutrisi, serta memenuhi cita rasa pengguna.

Oligo kini berwajah baru 


Rasa coklat Belgium premium Oligo yang kaya sangat digemari oleh orang dewasa dan kanak-kanak, termasuklah anak-anak Fiza. Ikutkan kami sekeluarga memang dah lama beralih ke jenama Oligo nie disebabkan rasa coklatnya yang sedap dan kurang manis. 



Selain itu ia diperkaya dengan Oligofruktosa, sejenis prebiotik yang membantu meningkatkan sistem penghadaman seseorang. Ia adalah serat makanan larut yang mengurangkan risiko sembelit. 

Oligo juga mengandungi kalsium untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat, dan memainkan peranan dalam memastikan peredaran darah yang baik.

Minuman ini mengandungi kedua-dua Vitamin B6 dan Vitamin B12, yang membantu menguatkan badan dan minda dalam meningkatkan prestasi otak. Ia juga membantu mengelakkan keletihan. 

Pembungkusan lama berwajah tupai

Pembungkusan baru wajah Pocket Rocketman

Produk minuman Oligo sekarang telah tersedia dalam pelbagai bentuk. Korang boleh pilih nak OIigo 950g Refill Pack, Oligo 3 in 1 (30g Sachet), Oligo Calcium 200ml (kotak), Oligo Calcium 240ml (tin), Oligo Instant Cup dan Oligo Protein 240ml (tin). Sekarang kalau nak minum Oligo, boleh nikmati pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Oligo Calcium 200ml (kotak)



Jom minum Oligo dan nikmati kelazatannya! Produk Oligo boleh dibeli di pasaraya dan juga secara online. Sambil membeli kita menderma. Semoga penderitaan yang dialami rakyat Palestin berakhir segera. Amin. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, layari :

Oligo Website: https://oligo.com.my/

#OligoMY #AktifkanPotensiAnda #SolidaritiBersamaOligo

Post a Comment

0 Comments