Find us on Facebook

Tanda-tanda paling awal kencing manis atau diabetis pada lelaki, atasinya sebelum terlambat

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik dari Allah. Boleh dikatakan rata-rata rakyat Malaysia dan dunia masih lagi dalam kebimbangan terhadap pandemik Covid-19 dan hampir lupa akan masalah kesihatan lain yang sebenarnya perlu diambil serius juga. 

Untuk tidak menyebabkan salah faham, untuk penulisan kali ini saya akan menumpukan terhadap kesihatan para lelaki, bukan nak kata para wanita tidak akan mendapat penyakit, tetapi untuk kali ini tumpuan akan dilebihkan buat para lelaki amnya, dan para suami khasnya. 

Tanda-tanda paling awal kencing manis atau diabetis pada lelaki, atasinya sebelum terlambat | Menyentuh bab kesihatan, betapa pentingnya penting menjaga kesihatan terutamanya kaum lelaki. Lebih-lebih lagi para lelaki yang telah pun bergelar suami. Lagi-lagi zaman teknologi, semuanya di depan mata. Jujur saya katakan kalau dilihat dari sudut positif, bila suami bekerja dari rumah "Work From Home" (WFH) saya rasa seronok kerana suami ada di depan mata. Dia tidak perlu bangun awal-awal pagi, menaiki motosikal untuk ke tempat kerja, dengan bahaya di atas jalan, belum lagi hujan lebat dan sebagainya. 

Tekanan kerja di tempat kerja tak dinafikan memang ada, tekanan kerja di rumah juga ada, pada awal dulu memang nampak suami stress bekerja di rumah, anak-anak kecil tidak faham, tetapi setelah 2 tahun berlalu, rasanya lebih aman.

Itu dari sudut positif tapi dari sudut negatifnya turut ada. Para lelaki akan malas bergerak. Hanya duduk di rumah, duduk depan komputer atau laptop. Tiada lagi kekalutan di atas jalan raya. Kalau sentuh bab senaman, ada para lelaki yang suka bersenam, melakukan aktiviti di luar bersama anak-anak. Tetapi lumrah manusia tidak mengira jantina, pilihan untuk duduk sahaja atau tidur lebih diberi keutamaan daripada pergi bersenam. 


5 Tips Membina Rumahtangga dan Keluarga bahagia

Orang selalu cakap, nak keluarga bahagia, isteri kena bahagia dulu. Mana tak nya, kalau isteri tiada mood, habis semuanya jadi tak kena. Saya nak share beberapa tips yang Fiza baca dan amalkan juga untuk mengekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga. In syaa Allah bermanfaat.


1. Menjaga solat dan berdoa

Tidak kira sesibuk mana kita dan pasangan, pastikan solat dijaga dan berjemaah bersama-sama.

Doa Untuk Keluarga Bahagia Dunia Akhirat

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan semua keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." - Surah Al-Furqan Ayat 74

Doa Jauhi Hasad Dengki Orang & Keluarga

"Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan di dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Pelembut dan Pengasih Penyayang." - Surah Al-Hashr Ayat 10

2. Belajar untuk tidak terlalu berkira

Sentiasa berlapang dada dengan sikap pasangan. Bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. Perkara remeh tak perlu diperbesarkan.

3. Tanggungjawab Suami Memberi Nafkah Zahir dan Batin pada Isteri

Suami bertanggungjawab memenuhi nafkah zahir dan batin kepada isterinya dan dia bertanggungjawab dihadapan Allah S.W.T. di hari akhirat nanti jika dia gagal melaksanakan amanah ini. 

4. Utamakan Rumahtangga 

Dalam apa-apa hal sekali pun rumahtangga adalah nombor satu. Abaikan perangai suka melepak dengan rakan-rakan. Seboleh-bolehnya apa jua aktivit, lakukan bersama ahli keluarga.

5. Berusaha memperbaiki diri menjadi yang lebih baik setiap hari

Buang segala ego yang ada. Setakat mana kalau kita nak sombong dengan pasangan. Perlu ada dalam diri kita untuk buat yang terbaik setiap hari, kalau kerap bergaduh, makin hari makin kurang, kalau malas, setiap hari berusaha untuk jadi lebih rajin. 

Ada banyak lagi sebenarnya tips-tips untuk membina keluarga bahagia tetapi semuanya bergantung pada diri sendiri dan pasangan.


Kepentingan Suami Memberi Nafkah Zahir dan Batin pada Isteri


Seorang suami yang bertanggungjawab akan menyediakan nafkah zahir seperti makan-minum, pakaian, rumah, kenderaan dan pendidikan. Kedudukan keperluan zahir ini bergantung kepada kemampuan suami dan Islam tidak membebankan suami yang kurang berkemampuan untuk menyediakan keperluan asas yang lengkap 100%

Tetapi bagaimana pula dengan tuntutan nafkah batin? Rata-rata masyarakat sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan keperluan seks. Bila pandangan mereka menjadi sempit, maka timbullah berbagai masalah di dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai bersembahyang, tidak pandai membaca al-Quran, meninggalkan berpuasa dan tidak tahu hukum halal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar tanpa asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya.

Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan solehah.


Penjagaan Kesihatan Lelaki


Penjagaan Kesihatan lelaki ni, terutamanya kesihatan seksual bukanlah sesuatu yang 'taboo'. Bagi para suami dan lelaki, untuk memimpin keluarga, paling utama adalah kesihatan diri. Masalah kesihatan seksual yang dialami kaum lelaki dijangka meningkat berikutan kadar penyakit kronik yang semakin tinggi di negara ini dan salah satu daripadanya berpunca dari masalah kesihatan seksual dan reproduktif lelaki yang kerap berlaku termasuk ejakulasi pramatang, disfungsi ereksi, sindrom kekurangan hormon testosterone, infertiliti (kemandulan), kanser testis dan prostat serta hiperplasia prostatik benign.

Kajian dan maklumat terkumpul Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati jangka hayat lelaki negara ini lebih pendek sekitar lima hingga enam tahun berbanding wanita kerana ego menyukarkan mereka menjalani pemeriksaan kesihatan.


Titikberatkan 'Penjagaan Kesihatan' Mental dan Fizikal


Topik kesihatan lelaki ni bukanlah selalunya berakhir dengan cerita tentang ubat kuat pelik-pelik macam tahan lama, besar panjang dan sebagainya tetapi perlu diberi penekanan terhadap kesihatan mental dan fizikal.

Memetik daripada pembacaan saya di hmetro yang diterbitkan pada 22 Jun 2021, seorang Ahli Daftar Kaunseling Profesional United Kingdom dan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dr Airil Haimi Mohd Adnan berkata, angka dan statistik terkini memberi gambaran yang gelap mengenai topik kesihatan mental lelaki.

"Lelaki yang mengalami kemurungan teruk atau depresi lebih cenderung menyembunyikan emosi. Individu seperti ini mungkin kelihatan seperti cepat naik angin, suka marah atau terlalu agresif. Lebih menggusarkan daripada jumlah itu, separuhnya pula menghadapi gangguan kerisauan dan penyakit mental yang lebih teruk," katanya.

Apa yang dapat saya simpulkan ada masalah ego lelaki perlulah direndahkan sedikit. Ini kerana lelaki jarang meminta bantuan berkaitan dilema, konflik atau masalah mental jika dibandingkan dengan wanita. Cara dan gaya hidup cergas dan sihat sebenarnya memberi impak yang amat besar kepada kesihatan mental lelaki.

Untuk mendapatkan kajian dan statistik kesihatan dan kesuburan lelaki di Malaysia, dalam satu artikel terbitan sinar harian bertarikh 7 April 2021 yang menyatakan bahawa masalah kesuburan dalam kalangan kaum lelaki di Malaysia semakin meningkat apabila 60 peratus ujian analisis sperma mengesahkan sperma yang diuji adalah abnormal. Ketua Unit Subfertiliti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr T Komathy berkata, ia berdasarkan data LPPKN dalam tempoh 10 tahun iaitu dari 2010 hingga 2019.

"Keabnormalan penghasilan dan fungsi sperma itu mungkin disebabkan oleh masalah atau kecederaan pada testis, masalah kesihatan seperti kencing manis, masalah genetik, berlaku jangkitan seperti mums (radang kelenjar liur parotid) atau pernah menjalani pembedahan pada testis". 



Tanda-tanda awal Kencing manis

Salah satu punca yang menyumbang kepada ketidaksuburan lelaki adalah kencing manis. Ada 2 faktor penyumbang jika seseorang lelaki mendapat kencing manis iaitu

Faktor 1 - Sejarah keluarga atau mendapatkan jangkitan daripada penyakit lain seperti hepatitis B

Faktor 2 - Berat badan berlebihan, tidak bersenam, amalan pemakanan yang tidak seimbang, dan faktor umur

Lelaki yang mempunyai masalah kesihatan batin, pada kebiasaannya mereka juga ada tanda kencing manis. Tanda-tanda awal adalah seperti:
  • Kerap dahaga (Polydipsia)
  • Letih
  • Berat badan turun mendadak
  • Penglihatan kabur
  • Cepat penat dan lemah sepanjang masa
  • Gatal
Berikut ialah lain-lain gejala :
  • Kerap membuang air kecil (Polyuria)
  • Kerap lapar (Poluphagia)
  • Urin mengandungi paras gula yang tinggi (Glycosuria)
  • Rasa kebas pada hujung saraf di telapak tangan dan kaki
  • Luka lambat sembuh
  • Mudah terkena jangkitan kuman terutama pada kulit
Bagi merawat dan mengatasi masalah ini, ada yang baru berumur 30-an mengambil langkah mudah dengan ambil ubat kencing manis secara berterusan. Paling membimbangkan jika ubat-ubatan ini tidak mendapat kelulusan daripada KKM. 

Perlu diingatkan bahawa sebarang jenis pengambilan ubat perlulah dirujuk kepada doktor dan para pakar supaya penyakit dan masalah lain pula yang timbul akibat salah pengambilan. Oleh sebab itu, mencegah lebih baik daripada merawat. 

Rujukan Tentang Kesihatan Lelaki di Portal SuamiSihat.com.my

Jadi para lelaki yang ingin mendapatkan lebih bimbingan, SuamiSihat.com.my yang nak didik dan berikan kesedaran kepada suami/bakal suami yang Prihatin. Anda boleh join group Telegram mereka, ‘Komuniti SuamiSihat’ untuk sana-sama berbincang dan berkongsi tentang isu kesihatan lelaki ni secara direct & professional. 

SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.


Sempena Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia juga, SuamiSihat ada buat giveaway percuma Ebook Suami Maulana. Step by step perbaiki Komunikasi dalam Rumahtangga.

Post a Comment

1 Comments

  1. Bila da lanjut usia ni, kena mula berjaga-jaga dlm hal pemakanan. Kena sllu exercise.

    ReplyDelete