Find us on Facebook

Dine in pertama selepas PKP 3.0, layan Nasi Briyani kambing Restoran Al-Diafah, Bangi

Assalamualaikum. Alhamdulillah bila keadaan di Selangor semakin pulih setelah berPKP hampir setahun dah nie. Tak boleh merentas daerah, apa lagi negeri. Dan sekarang ini, dah boleh rentas daerah memang rasa lega sedikit. Dapatlah bawa anak-anak keluar, jalan-jalan makan angin. Kesian dorang duduk terperap dalam rumah.


Dine in pertama selepas PKP 3.0, layan nasi beriyani kambing Restoran Al-Diafah, Bangi | Cerita kami dine in nie bukannya sebabnya terlalu sangap (maaf kasar sedikit yer) nak makan kedai. Bukan apa, mentaliti orang nie memang pelik, cakap tak sayang anak la sebab sekarang Covid masih tinggi, lepas itu anak tak vaksin lagi. 

Kami dine in pun selepas restoran beri kebenaran sebab tak semua restoran benarkan pengunjung makan bersama anak-anak. Paling wajib, ada 2 dos. Kebetulan Fiza ada job review berdekatan dan berhadapan dengan restoran ini. 

Restoran Al-Diafah, Bangi, kami singgah untuk makan malam sebelum bertolak pulang. Mujurlah restoran ini dibuka untuk kami sekeluarga makan dan paling best keluarga kami sahaja yang ada dalam restoran ini.



Husband pun teringin nak makan nasi arab. Jadinya memang kena sangat dengan selera kami sekeluarga. Selesa betul bila berada dalam restoran ini. Deko dalaman pun cantik, puas tengok keliling sementara tunggu makanan sampai. 

Hummus with pita bread

Menu yang kami order

Nasi Beryani Kambing

Nasi Briyani Kebab

Jus bunga raya

Tudia Thaqif makan kambing

Huwainaa pun peminat daging kambing

Jenuh nak habiskan sebab portion besar

Bebas anak-anak kat sini

Macam tokey restoran dah nie

Posing la sikit sebab tak de orang kan

Lega sangat bila dapat makan dengan tak perlu nak bersesak sesak. Rasa macam husband dah tempah satu restoran. Memang tenang, anak-anak pun seronok. Makanan dia pun sedap. Dan paling best harganya pun agak murah dan berbaloi jika nak dibandingkan dengan restoran seumpama dengannya.


Memang recommended sangat bagi korang yang nak makan kambing, nak rasa nasi arab, nasi briyani, datang ke Restoran Al-Diafah yang terletak di Bangi. Terima kasih kepada pemilik restoran kerana sudi beri kami masuk dan makan di sini.

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments