Find us on Facebook

Bertemu Skuad Harimau Malaya dan idola Safawi Rasid di KLIA2

Assalamualaikum. Kalau tanya Fiza mengenai nama pemain Skuad Harimau Malaya, boleh juga nak jawab. Tapi tak semuanya yang Fiza tahu nama. Kalau pemain yang lama-lama macam Apek Khairul Fahmi, pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha, Norshahrul Idlan Talaha dan ramai lagi nama lama mungkin memang kita semua kenal mereka ini. 

Baru-baru ini sewaktu cuti Hari Deepavali, kami ke KLIA2 untuk menghantar adik berlepas ke Pulau Pinang menaiki kapal terbang, tak semena-mena kami dipertemukan dengan Skuad Harimau Malaya yang baru tiba di KLIA2.

Waktu tengah bergambar di luar koridor sambil melihat kapal terbang, tiba-tiba ada bunyi siren polis yang mengiringi bas FAM. Fiza pun cepat bagitahu suami ada bas mereka lalu la. Kami pun terus bergegas untuk ke pintu utama lapangan terbang.

Memang tepat jangkaan dan pada waktu tersebut mereka baru sahaja memasuki pintu masuk. Laju suami Fiza berjalan sebab tidak mahu lepaskan detik untuk bertemu mereka.





Mereka sumua akan berlepas ke Kemboja di Phnom Penh untuk sesi pelawanan pertama pada 8 November. Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe bagi mewakili pasukan Malaysia ke kejohanan Piala Suzuki AFF 2018 dari 8 November hingga 15 Disember 2018.

BIL
NAMA
UMUR
POSISI
PASUKAN
1.
FARIZAL MARLIAS
32
PENJAGA GOL
JOHOR DARUL TA’ZIM
2.
AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK
31
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
3.
ADAM NOR AZLIN
22
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
4.
SYAMER KUTTY ABBA
21
TENGAH
JOHOR DARUL TA’ZIM
5.
SAFAWI RASID
21
SAYAP
JOHOR DARUL TA’ZIM
6.
AHMAD HAZWAN BAKRI
27
PENYERANG
JOHOR DARUL TA’ZIM
7.
SYAFIQ AHMAD
23
PENYERANG
JOHOR DARUL TA’ZIM
8.
HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY
25
PENJAGA GOL
PERAK
9.
SHAHRUL SAAD
25
PERTAHANAN
PERAK
10.
AMIRUL AZHAN AZNAN
25
PERTAHANAN
PERAK
11.
NAZIRUL NAIM CHE HASHIM
25
PERTAHANAN
PERAK
12.
KENNY PALLRAJ
25
TENGAH
PERAK
13.
AKRAM MAHINAN
25
TENGAH
KEDAH
14.
SYAZWAN ZAINON
29
SAYAP
KEDAH
15.
AKHYAR RASHID
19
SAYAP
KEDAH
16.
ZAQUAN ADHA ABD RADZAK
31
PENYERANG
KUALA LUMPUR
17.
SYAZWAN ANDIK ISHAK
22
PERTAHANAN
KUALA LUMPUR
18.
IRFAN ZAKARIA
23
PERTAHANAN
KUALA LUMPUR
19.
MOHAMADOU SUMAREH
24
SAYAP
PAHANG
20.
NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
32
PENYERANG
PAHANG
21.
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
29
PENJAGA GOL
MELAKA UNITED
22.
SYAHMI SAFARI
20
PERTAHANAN
SELANGOR
23.
SHAHREL FIKRI MD FAUZI
24
PENYERANG
NAKHON RATCHASIMA







Beria Huwainaa tgk Khairul Fahmi Che Mat

Ehem.. Huwainaa bagitahu hensom boy nie.. Safawi Rasid
Pemain paling bernilai setakat ini




Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos manakala Kumpulan B dibarisi juara bertahan, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Timor-Leste yang menang perlawanan kelayakan dengan Brunei.

Bagi saingan Kumpulan A, Malaysia bakal membuka kempen bertemu Kemboja di Phnom Penh pada 8 November sebelum menanti kunjungan Laos di Bukit Jalil pada 12 November.

sumber : http://fam.org.my/news



Semoga berjaya diucapkan buat skuad Harimau Malaya. Sempat juga wish good luck kat Safawi Rasid. Hehe. 

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. untung la fieza. kite pegi klia2 selalu tp tak pernah terserempak lgsg dgn selebriti ^_^

    ReplyDelete
  2. Wahh dah macam wartawan dah..best jumpa depa

    ReplyDelete
  3. Wah.. Rezeki tu jumpa skuad harimau malaya.. semoga mereka cemerlang..

    ReplyDelete