Menikmati makanan korea di BBQ Chicken, Sg. Buloh

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan ianya ikhlas dari hati. Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca. Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung oleh penulis sendiri.

Assalamualaikum. Minggu lepas kami sekeluarga ke BBQ Chicken yang terletak di Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh. Alhamdulillah dapat juga ke sini. Kalau ikutkan dah lama nak pergi sebab belum pernah ke sini dan belum tahu apa menunya. 

Buku Menu BBQ Chicken


Kalau korang hendak tahu menu utamanya adalah ayam. Nama restoran pun BBQ Chicken kan. Mereka menyediakan 11 jenis menu berasaskan ayam. Korang boleh pilih Sauced chicken yang menunya ada macam-macam, Fried Chicken dan Grilled Chicken. 

Suasana restoran yang selesa

Kami ke sini untuk makan tengah hari, maka menu nasi menjadi pilihan. Chicken Mayo Hot Stone Rice pilihan Fiza manakala Bulgogi Beef Hot Stone Rice pilihan suami. Untuk Thaqif dan Huwainaa Fiza pilih Mushroon Soup with bread.

Chicken Mayo Hot Stone Rice

Bulgogi Beef Hot Stone Rice

Hot-hot chicken

Shrimp Pajeon Pancake

Mushroom Soup with bread

Ice Lemon Tea, Cucumber Asam Boi dan Orange Juice

"Mama, Thaqif nak makan makanan korea.."

Huwainaa pun dapat merasa makanan korea

Pancake sedap dan lembut

Kami sekeluarga


Setiap restoran korea tak sama menunya. Kecewa juga sebab di sini tiada Tteokbokki. Tak apa lah kalau nak Tteokbokki kena pergi restoran makanan korea yang lain lah. 

Keseluruhan menu memang sedap. Ayam Hot-hot chicken memang pedas sampai hidung. Kalau berani cubalah.

Wassalam.

Post a comment

4 Comments

  1. Sedapnya nampak semua menu dekat sini. Next time boleh lah pergi :)

    ReplyDelete
  2. Yeah!! Sha dah bookmark.. Kot kot terjalan ke sg buloh adalah kedai makan yang nak dituju..

    ReplyDelete