K - Drama Review : What’s Wrong With Secretary Kim

Assalamualaikum. Siapa yang tidak jemu dengan drama korea, kita geng. Drama terbaru yang ditayangkan di Channel TvN, What’s Wrong With Secretary Kim sangat menarik dan lucu. Gandingan lakonan Park Seo Joon dan Park Min Young sangat menjadi dan perfect.

Source : Google Image

Tajuk: Why Secretary Kim
Genre : Komedi Romantik  
Berdasarkan Kenapa Setiausaha Kim
Bilangan episod : 16
Rangkaian : TvN
Mula Ditayangkan : 6 Jun 2018

Plot Cerita
Siri ini berkisar tentang Lee Young Joon yang sangat obses dengan kesempurnaan diri sendiri. Young Joon merupakan naib presiden sebuah syarikat yang dikendalikan oleh keluarganya. Beliau sangat mementingkan diri sendiri dan hanya memikirkan dirinya sendiri sahaja, sehingga dia hampir tidak menghargai orang di sekelilingnya.

Young Joon mempunyai setiausaha yang berkebolehan dan sabar. Kim Mi So telah bekerja  sebagai setiausaha selama 9 tahun dan tidak pernah mempunyai teman lelaki. Bagaimanapun, Mi So kini ingin menumpukan hidupnya dan menumpukan perhatian pada diri sendiri sehingga  dia memutuskan untuk meletak jawatan. Sejak itu salah faham mula berlaku. Selepas 9 tahun hubungan mereka antara bos dan setiausaha, bolehkah hubungan tersebut berkembang lebih daripada itu?

Pelakon Utama

Park Seo-joon sebagai Lee Young-joon/Lee Sung-hyun

Park Min-young sebagai Kim Mi-so

Lee Tae-hwan sebagai Lee Sung-yeon/Morpheus

Drama ini memang sangat lucu. Kelakar tengok gelagat Park Seo Joon nak mengorat setiausahanya. Belum bab gelabah cover line. Best dan rugi kalau tak tengok yer. Bagi peminat drama korea, korang jangan lepaskan peluang untuk menonton What’s Wrong With Secretary Kim lakonan oppa handsome Park Seo-joon dan si cantik jelita Park Min-young.

Wassalam.

Post a comment

2 Comments

  1. HUrm... kita gang pasal KDrama hiks! #takpernahjemu
    Mrs. A pun follow citer Whats wrong with Sec. Kim?
    Suka sangat, ulang-ulang kali episod sama hahahaa...

    ReplyDelete
  2. Sha tak tengok drama nie sangat.. Tengok gitu-gitu je.. Macam tak berapa menangkap dihati.. Kikiki.. Tapi encik suami layan drama ini.. Bila dah hujung-hujung tu dia kata dah kurang best..

    ReplyDelete