Congratulation France, Good Effort Croatia!

Assalamualaikum. FIFA 2018 telah melabuhkan tirainya semalam dengan kemenangan berpihak kepada Francis apabila menewaskan Croatia 4-2. 

FB FIFA World Cup 2018
Kami sekeluarga memang tunggu perlawanan akhir ini maklumlah 4 tahun sekali. Malam tadi memang sokong Croatia sebab nampak macam boleh menang. Tapi kalah menang adat perlawanan. Tim yang betul-betul Fiza sokong adalah Sepanyol pun dah balik awal. Kira hebat la Croatia sebab boleh sampai final.


Tahniah buat kedua-dua pasukan, dorang memang terbaik. Masuk final pun dah kira hebat. Menang lagilah hebat. Selain Trofi Piala Dunia, beberapa anugerah lain turut dinobatkan kepada pemain. Antaranya:
  • Adidas Golden Ball Award: Luka Modric (Croatia)
  • Adidas Golden Glove Award: Thibaut Courtois (Belgium)
  • FIFA Young Player Award: Kylian Mbappe (Francis)
  • Adidas Silver Ball Award: Eden Hazard (Belgium)
  • Adidas Bronze Ball/adidas Silver Boot: Antoine Griezmann (Francis)
  • Adidas Golden Boot Award: Harry Kane (England) (six goals)
  • Adidas Bronze Ball: Romelu Lukaku (Belgium) (four goals) 
  • FIFA Fair Play Trophy: Spain
Kedua-dua pasukan telah memberi saingan yang hebat. Tahniah buat semua pasukan dan pastinya terasa sunyi bila musim bola sepak berakhir. See you next 4 years. Lepas ini kita layan semula liga Inggeris. 

Wassalam.


Post a comment

3 Comments