Find us on Facebook

5 Persediaan Peralatan Penyusuan utama bagi ibu bekerja

Assalamualaikum. Sebelum ini Fiza pernah kongsikan panduan mengenai panduan penyimpanan susu perahan EBM dan juga jenis beg yang Fiza gunakan untuk menyimpan susu. Untuk kali ini Fiza hendak kongsikan peralatan penyusuan yang wajib bagi ibu bekerja dan ini adalah untuk ibu-ibu yang tekad untuk memberi susu EBM kepada anak untuk tempoh 1-2 tahun.

1. Breastpump (Manual / Electric)

Pengalaman anak pertama, Fiza menggunakan pum susu manual dan agak struggle waktu itu dan mendapati ia tidak efektif dari segi masa dan tenaga. Untuk anak kedua Fiza beli Single Electric Breastpump jenama Autumnz.  Pemilihan single atau double bergantung kepada ibu-ibu sendiri. Memandangkan ini pertama kali Fiza gunakan, elok beli single dahulu mana tahu tak sesuai tidaklah membazir.

Autumnz Swift Electric Breastpump


Ringan dan mudah dibawa

2. Cooler bag (beg sejuk)

Tujuan cooler bag adalah untuk memastikan susu perahan dalam keadaan sejuk sekiranya ibu-ibu bekerja hendak membawa susu tersebut pulang ke rumah. Beg Penyimpanan susu perahan jenama Milk Planet pilihan Fiza kerana ia mempunyai 2 compartments berasingan - petak bawah dan petak atas. 


3. Ice Brick / Ice pack 

Digunakan untuk memelihara kesejukan susu ibu. Setakat ini Fiza tidak menggunakan ice brick memandangkan cooler bag masih dapat menampung kebekuan susu dari pejabat pulang ke rumah. 
source : google image

4. Breast milk Storage (Botol) 

Kelebihan gunakan botol ia boleh digunakan berulang kali tetapi perlu beli dalam kuantiti yang banyak supaya tidak kehabisan botol untuk menyimpan susu. Pastikan botol  yang digunakan BPA-FREE. 

Breastmilk Storage jenama Jingle Jungle

 
Breastmilk Storage jenama Pureen

5. Breast milk Storage (Plastik liner) 

Storage beg plastik liner adalah milk storage pakai buang. Jangan sebab plastik nampak comel kita hendak guna lagi. Ia hanya dapat digunakan sekali sahaja. Pastikan plastik liner yang digunakan BPA-FREE. 


Breast milk Storage jenama Apple Tree 8oz

Murah dan berkualiti

Breast milk Storage jenama Autumnz 5oz

Standby plastik liner 5oz sekiranya susu kurang banyak

Bila sudah ada semua peralatan dan keperluan maka bersedialah untuk memberi komitmen sepenuhnya. Kalau tidak membazir apa yang kita beli sebab peralatan untuk penyusuan agak mahal. Tetapi demi si manja tersayang apa pun ibu-ibu sanggup laburkan.

Diharap sedikit panduan yang Fiza kongsikan dapat memberi manfaat dan rujukan. Semoga berjaya buat ibu-ibu yang hendak meneruskan memberi susu BF kepada anak sehingga umur 2 tahun. Doakan Fiza juga berjaya yer. Amin.

Wassalam.

Post a Comment

4 Comments