Resipi : Ikan bawal masak taucu

Assalamualaikum.. Fiza nak kongsikan resipi mudah dah senang untuk masakan ikan. Selain goreng, masak kicap, boleh cuba ikan masak taucu. Memang senang dan sedap. 


Ikan bawal masak taucu

Bahan bahan:

Seekor ikan bawal (1/2 orang makan)
1 paket taucu (pek kecil)
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris 
1 inci halia - hiris
2 biji cili merah - hiris 
2 biji cili hijau - hiris
3 sudu kecil air pes asam jawa
1 cawan air (ikut kepekatan)
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:

1. Lumur kan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga agak masak/garing.

2. Tumis bahan yang telah dihiris.

3. Masukkan taucu, kemudian masukkan air asam jawa.

4. Tambahkan sedikit air, tambahkan garam dan gula secukup rasa.

5. Masukkan ikan, dan sedia untuk dihidang.


Senangkan.. rasa masam, manis, masin dan pedas.. 
Selamat mencuba.
Wassalam.

Post a comment

6 Comments

  1. lama tak masak ikan masak taucu ni fiza...sbb majoriti dalam family tak suka..kalau nak makan kena pi kedai je beli sekor

    ReplyDelete
  2. lemah btol bila mlm2 baca blog jumpe makanan . heheh lapa plak rasa

    ReplyDelete
  3. Ikan klau d msk taucu memg sdp

    ReplyDelete