Find us on Facebook

Minggu ke 34 kehamilan

Assalamualaikum.. "Hari tu tengok perut kecik jer.. hari nie tengok besar pulak.." tu yg member opis selalu cakap.. 
yang mana jarang jumpe Fiza.. yelah..

Bila dah preggy mmg malas nak merayap kat GF dengan tingkat 1 kat opis. Datang opis, naik tingkat 2, turun time makan dan masa nak balik jer.. semput kot.. hehe..

Hari nie genap 34 minggu.. check up semalam result.. Alhamdullillah..baby sihat.. nurse cakap perut still tinggi lagi.. kaki pun 2 minggu lepas nampak bengkak..

kene bebel ngan nurse, terus suruh hubby urut setiap hari.. semalam nurse cakap tak bengkak dah.. lega.. kalau tak sendal memang rase ketat..

Minggu depan dah mula check up untuk setiap minggu.. harap dapat deliver ikut tarikh..

Sekarang nie Fiza tak alami lagi apa yang dikatakan Kontraksi Braxton Hicks (Braxton Hicks Contractions) ataupun dikenali sebagai Kontraksi palsu (False Contraction)..

Kirenya macam sakit nak bersalin tapi nie hanya rehearsal.. oke tak ayat tu.. hehe

google image

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.

Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.
Wassalam..

Post a Comment

8 Comments

  1. Semoga selamat semuanya ye Fiza. :)

    ReplyDelete
  2. moga dpermudahkan semuanya..aamiin

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah. moga baby sihat sihat selalu kak :D

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum fiza, alhamdullilah... semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti. heee bestnya, dah hujung2 pregnancy ni. kena hati2 tau. pergerakan anak kena monitor, kalau ada sakit2 perut yang mencengkam punggung, itu braxton hicks. sheila dulu kena braxton hicks, takda turun tanda apa. pergi spital, tahu2 dah bukaan. ehehhehee

    ReplyDelete
  5. X lma baby nak nmpk dunia,teruja plak lya nak tgk baby fiza

    ReplyDelete
  6. xlama lagi.... seronoknye xlama lagi ada org baru....

    ReplyDelete
  7. semoga semuanya selamat ye fiza...seronok sangat kan..

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudah kan ye...kaki tu angkat tinggi2 bila duduk atau barng..baru la tak bengkak..

    ReplyDelete