Percutian ke Pulau Langkawi : Menikmati nasi ayam Jeti Kuah dan melawat Galeria Perdana

Assalamualaikum.. Percutian kami kali nie ke Pulau Langkawi. Kami ke langkawi menggunakan pakej Matta Fair yang berlangsung pada tahun lepas 2012. Sebab tiada pengalaman, kami gunakan agen yang ada untuk membantu melancarkan percutian kami nanti.


Kami bercadang untuk pergi awal bulan Januari 2013 menaiki pesawat Air Asia. Alhamdulillah, tarikh kami akan pergi adalah pada 8 hingga 10 Januari 2013.

Tiba harinya, hubby pula demam. Nak tak nak kena la redah jugak kan sebab semuanya dah ditempah.

Kuala Lumpur - Pulau Langkawi,
 10 pagi bertolak

Demam terkejut ke Abang

Time beratur menaiki pesawat, sempat lagi bergambar

Cuaca yang sangat baik

Kami tiba di lapangan terbang Langkawi pada jam 11.30 pagi dan agen ambil kami untuk dibawa ke jeti pekan kuah untuk penyerahan kunci kereta dan makluman tempat menginap. 

Jeti pekan kuah

Kereta Sewa kami, senang nak ke mana-mana

Bermulalah episod percutian di Pulau Langkawi. Kami tak check in dulu sebab masa suntuk. Terus kami pergi ke tempat mercu tanda Pulau Langkawi iaitu Dataran Lang. Kalau tak bergambar kat sini, seperti tiada bukti pernah ke Langkawi. 

Besar burung helang, kebanggaan Pulau Langkawi

Demam pun dah okay bila pekena Nasi Ayam Jeti Kuah.

Seterusnya perut pun kenyang, kami ke Galeria Perdana iaitu Muzium Tun Mahathir yang menyimpan pelbagai hadiah dan cenderahati Tun Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu.

Galeria Perdana

Pic 1


Pic 2

Pic 3

 Pic 4

 Pic 5

Pic 6

Memang tidak sia-sia masuk Galeria Perdana ini. Pelbagai hadiah yang diterima oleh beliau dipamerkan di sini. 

Kemana pula perjalanan Fiza selepas ini? Nantikan entry seterusnya.

Wassalam.

Post a comment

0 Comments