Find us on Facebook

Corporate Family Fun Day RHB Kawal @ Pulau Pangkor

Assalamualaikum. Sambil-sambil dengar ceramah Ustaz Wadi, Fiza nak update blog sikit pagi nie. Lepas PKP mmg banyak company memulakan semua aktiviti dengan staf. Team building, family day, seminar, macam-macam lagi. Company husband pun buat juga setelah 3 tahun tak buat. Last Family Day Fiza join tahun 2018 RHB GPS Family Day 2018.


Corporate Family Fun Day RHB Kawal @ Pulau Pangkor | Bila husband bagitahu Family Day kat Pangkor, memang seronok kita pun. Lama tak pergi Pulau Pangkor. Planning awal bulan Mac sebelum bulan puasa, tapi waktu tu cuaca tak mengizinkan. Jadi tertangguh, nak tak nak kena tunggu lepas Raya. 

Husband selaku MC 

Kami datang sehari awal, jadinya kami kat Pangkor 3 hari 2 malam. Sebab husband kena uruskan semua aktiviti kat sini. Kami follow je janji dapat anak-anak puas mandi kolam kat Pangkor Holiday Resort. Staycation kat resort nie Fiza akan story nanti. 

Upacara potong kek

Kek sumbangan resort

Tempat BBQ 





Family day yang simple je, mula dengan majlis makan-makan, kemudian ada sesi karaoke dan paling bestnya ada cabutan bertuah. Anak-anak Fiza paling enjoy masa sesi karaoke, dorang yang mula nyanyi dulu. Yelah yang dewasa nie mula-mula tu malu la nk pegang mic kan, itu yang anak Fiza grab dulu. 


Husband pun memang suka mic, tak cukup jadi MC, nyanyi pula. Al maklumlah dulu penyanyi Dikir Barat kan. Yang si kecik tu pun sibuk nak jadi menari bila dedi dia menyanyi. Ada video Fiza sempat rakam sampat tercucuk mata di abang bila dia menari. Haha.. macam-macam. 



Hadiah cabutan bertuah

Tahniah anda bertuah


Memang enjoy, dapat kenal family lain, staf-staf tempat kerja husband. Seronok bila company ada family day macam nie. Bukan macam company kita, dinner pun susah. Al-maklumlah company tak besar mana, tapi dapat makan gaji kat situ pun okay dah. Syukur alhamdulillah. Yang penting ada kerja, walaupun company tak besar, company kita tak buat, company husband kan buat, kita tumpang la sekali kan. 

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. bestnya..sambil2 gitu..haritu akak n family shortvacay ke area Lumut tapi tak menyeberang ke Pangkor..hat Lumut je...

    ReplyDelete
  2. last pergi pangkor bila ek..tak ingat dah,,lama sangat, family day jugak

    ReplyDelete