Puas hati dapat miliki Vantage Siti Collection 3in1 IH Casserole Set

Assalamualaikum. Belek-belek handphone, memang banyak la gambar yang terjumpa. Nak update pasal vacation, terjumpa gambar produk untuk review. Belek-belek lagi jumpa gambar beli periuk TokTi. Semua nak update masuk blog. Semua nk cerita tapi kita kesuntukan masa sangat-sangat. Jadi tolak tepi dulu story pasal vacation yang bertimbun tu, kita review periuk dulu. Periuk idaman hati, Vantage Siti Collection.


Puas hati dapat miliki Vantage Siti Collection 3in1 IH Casserole Set | Buka tv suka sangat tengok Astro GoShop. Sekali tengok ada TokTi, terus tak tukar channel. Itu yang sampai terus mendapat periuk nie. Memang teringin nak ada periuk Vantage nie. Kualiti memang tak dapat dinafikan lagi, plus cantik pulak tu.



Untuk keluaran Vantage Siti Collection 3in1 IH Casserole Set, pemegang tudung periuk dia berbentuk bunga ros, memang cantik la sangat. Lepas itu ada free gift lain seperti 1 x Apron Vantage, 1 x Silicon Ladle, 6 x Silicon Handle, 1 Pair Glove dan 1 Pack Green Packet ( 5 pcs ).


Dalam set ini ada 3 periuk anti lekat :
  • Vantage Siti 28cm IH Casserole
  • Vantage Siti 24cm IH Casserole
  • Vantage Siti 20cm IH Casserole

Warna cun, bentuk cun, segala-gala cun la.. beli pun rasa berbaloi-baloi dan puas hati. Kita tak nak la story ciri-ciri periuk Vantage Siti Collection, nak tahu boleh ke website Vantage, kat Astro GoShop pun ada.
 


Apa jadi dengan periuk nie.. Haha, adui sayang la nak pakai. Sampai sekarang pun still dalam kotak lagi nie. Ingat nak gunalah hari minggu nie. Harap diberi kekuatan untuk menggunakannya. 

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. Woww.. so cute la.. Tempat pemegang yg comels... Ya.. moga diberi kekuatan menggunakannya hujung minggu niii 🤗

    ReplyDelete