Luckin Kopi dengan menu Western Side & Luckin Kopi’s Signature Curry Puff Best In Town

Assalamualaikum. Macam lama je tak review makanan. Jadi korang kena baca sampai habis. Tempat best makan dengan family nak-nak hujung minggu bila berada kat Kuala Lumpur. Serius lama tak sampai Petaling Street. Tak sangka banyak dah berubah. Masa Fiza nak pergi sini terbayang juga betapa jemnya jalan, ditambah pula hari minggu. Tapi takpe lah, janji dapat sampai Luckin Kopi. Dah lama sangat hajat nak lepak sini.


Luckin Kopi dengan menu Western Side & Luckin Kopi’s Signature Curry Puff Best In Town | Cafe nie terletak di Jalan Panggong, City Centre ditengah-tengah bandar dan boleh kata berdekatan jugak dengan Menara Merdeka PNB 118 yang bakal siap tahun 2022 nie. Parking senang tapi berbayarlah. 

Punyalah lama tak datang area Petaling Street nie, rasa macam best pula jalan-jalan dengan anak-anak. Dulu jalan-jalan dengan member Universiti, menggamit memori betul bila datang sini.


Cari punya cari, jumpa bangunan lama yang telah dihibster kan. Banyak juga cafe-cafe hibster kat sini. Port lepak best, yang datang dating pun ramai. Best je tengok couple2 yang ada. Tak pe kita dulu pun gitu.. sekarang nie dating la dengan anak-anak sekali kan.




Luckin Kopi Western Side & Best Currypuff

Enjoy je tengok deco Luckin Kopi sambil-sambil tunggu order sampai, kita ambil la gambar cafe. Oh ya, menu yang kita cuba kali ini adalah menu baru tau. Luckin Kopi memperkenalkan menu-menu baharu untuk dengan hidangan western dan Luckin Kopi’s Signature Curry Puff.

Senang cerita menu yang paling simple kat sini, karipap inti kentang dengan telur. Sedap sangat korang. Sampai sekarang terbayang kesedapan karipap tu.


Menu Western Dinner lain yang mereka ada seperti :
Fish & Chips
Meatball
Luckin mee
Luckin Chicken Volcano
Salted Egg Chicken Chop dll
Mocktails dan Milkshakes


Luckin Kopi’s Signature Curry Puff

Luck Bro Mee with Mushroom Sauce

Luckin Chicken Volcano Salted Egg

Fish & Chips

Luckin Meatball w/Fries

Luckin Fries

Mocktails & Milkshakes

Memang favorite Thaqif la makan gini

Duk tarik cheese je si kecik nie

Dulu rasanya macam ada ikan

Gambaq la sekepin


Banyak kan? Korang pilih la nak makan ape, semuanya sedap. Mocktails dan Milkshakes yg ada kat sini pun best, memang confirm balik kekenyangan. Kita yang menulis nie nak bagi korang baca pun jadi lapar. 

Okaylah, nak makan datang la Luckin Kopi nie. Memang best lepak sini, selesa dan ada air cond. Korang tak akan panas punya.

Nak tengok reels video menu Luckin Kopi kita buat guna trend Che la Luna,  boleh klik sini.

Wassalam. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Menarik. Rasa macam nak cuba jugak.

    ReplyDelete
  2. pernah datang sini sekali. kopi dia pun sedap. tengok Fizah dah up ni rasa kena repeat ni

    ReplyDelete