Find us on Facebook

Tokio Marine Life Insurance Malaysia Menghulurkan Sumbangan Muhibah kepada 5 NGO di Pulau Pinang!

“Kebaikan hati merupakan bahasa yang boleh didengari oleh mereka yang kurang upaya pendengaran dan mampu dilihat oleh golongan kurang upaya penglihatan.” – Mark Twain. Sekali lagi, Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd (TMLM) menyebarkan kebaikan sepanjang tempoh yang sukar ini dengan memberikan sumbangan kepada 5 NGO berbeza di Pulau Pinang.

“Tokio Marine sentiasa berusaha untuk menerapkan nilai syarikat yang baik dan saya berpendapat bahawa projek berterusan ini adalah salah satu daripada komponen penting. Sumbangan kepada NGO Pulau Pinang berkenaan akan menjadi projek kedua kami selepas sumbangan peranti di Lembah Klang, dan kami amat teruja berupaya meneruskan usaha ini!” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TMLM, Encik Yoshiaki Okabe.

Special Children's Centre

St.Joseph's Home

Shan Children's Home

Pusat Jagaan Sinar Ceria

Syarikat berkenaan mendermakan sejumlah komputer terpakai, pelbagai jenis barangan runcit dan barangan keperluan, permainan pendidikan dan perabot kepada Shan Children’s Home, The Salvation Army Penang Children’s Home, Pusat Jagaan Sinar Ceria, St Joseph’s Home dan Special Children’s Centre Penang.

“Di tengah peningkatan kes virus COVID-19 di Malaysia, lebih ramai pihak perlukan akses kepada computer, memandangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan bekerja secara bersemuka hampir mustahil sepanjang pandemik ini,” tambah Encik Okabe.

Daripada berakhir di tapak pelupusan yang ternyata sudah menimbun, komputer yang masih boleh digunakan ini memiliki nafas baru untuk golongan NGO berkenaan. Semua komputer tersebut dipasang dengan perisian baharu bagi memastikan kepantasan maksimum apabila dimanfaatkan oleh pemilik baharunya.

Shan Children’s Home adalah rumah perlindungan yang ditubuhkan untuk membantu kanak-kanak daripada keluarga miskin bagi memenuhi keperluan kesihatan, pendidikan dan emosi mereka. Rumah ini menerima 4 komputer untuk kanak-kanak berkenaan bagi melaksanakan akitiviti dalam talian serta barangan keperluan seperti makanan kering dan bahan masakan.

“Kami amat berterima kasih atas segala ihsan daripada TMLM. Secara jujurnya, waktu sememangnya sukar sejak pandemik melanda dan komputer ini hadir pada waktu yang sangat tepat memandangkan anak-anak ini akan sibuk dengan aktiviti dalam talian sehingga wabak COVID-19 ini reda,” kata Naib Pengerusi Shan Children’s Home, Encik Kurunathan.R.

The Salvation Army Penang Children’s Home yang terkenal dengan kerja-kerja penjagaan penghuninya, menerima 4 komputer, makanan kering, dan barangan keperluan isi rumah daripada TMLM. Sebagai tambahan, mereka juga menerima barangan keperluan seperti botol cecair pembasmi kuman dan pelitup muka.

“Apabila kami menerima barangan ini daripada TMLM, kami agak terkejut dengan sumbangan yang bermakna ini. Tidak banyak pertubuhan memikirkan tentang kami ketika tempoh yang sukar ini, dan kami sangat berterima kasih,” kata Penolong Superintendan The Salvation Army Penang, Becky Lurence.

Sejak beberapa tahun lalu, Pusat Jagaan Sinar Ceria menyediakan tempat yang selamat dan bersih buat kanak-kanak yang terabai untuk menjalani kehidupan dan mereka menerima 4 komputer, makanan kering dan barangan isi rumah daripada TMLM.

“Sepanjang pandemik ini, kami bekerja keras untuk membantu golongan kurang bernasib baik dan ia begitu melegakan dengan melihat syarikat besar seperti TMLM melakukan perkara serupa! Terima kasih TMLM,” kata Pengurus Pusat Jagaan Sinar Ceria, Anita Vasu.

St Joseph’s Home telah menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang selama bertahun lamanya. Misinya adalah untuk menyempurnakan keperluan kanak-kanak miskin dan membantu mereka untuk mendapatkan pendidikan yang baik serta membina kemahiran hidup yang tepat supaya mereka bakal menjadi golongan dewasa yang berguna. Mereka menerima makanan segar dan kering, selain daripada barangan isi rumah.

“Kami menghargai usaha daripada TMLM ini. Terima kasih TMLM, anda sememangnya memberi sumbangan penting buat kami sepanjang waktu yang mencabar ini,” kata Ahli Lembaga St Joseph’s Home, Iruthaya Das Arulanadam.

Bagi Special Children’s Centre Penang pula, TMLM mendermakan 4 komputer dan pelbagai alat permainan pendidikan untuk kanak-kanak di rumah perlindungan berkenaan.

“Dengan beberapa gelombang COVID 19 melanda, kami telah menjalani kehidupan dalam tempoh yang tidak dapat dijangka dan kami amat berterima kasih atas sumbangan daripada TMLM. Terima kasih yang tidak terhingga,” kata Pengetua Special Children’s Centre Penang, Katijah Bakar.

Sekiranya anda ingin menghulurkan sumbangan kepada NGO ini, sila layari laman sesawang/Facebook seperti berikut:



Post a Comment

0 Comments