Homestay Anjung Ara Suites and Roomstays memang cantik dan selesa

Assalamualaikum. Hari nie Fiza rasa kurang sihat sedikit. Rasa sakit tekak dari semalam lagi. Harap tak demam la, selera makan semua okay cuma sakit tekak macam nak batuk. Susah la kalau sakit nie, nak buat apa pun tak selesa. Sementara ada mood nie baik Fiza sambung update blog. Kisah hari kedua staycation ke Kuala Terengganu bersama family mertua. 



Homestay Anjung Ara Suites and Roomstays memang cantik dan selesa | Kami punya perangai laki bini kalau balik bercuti kat Kelantan mesti nak bawa Ma dan Abah pergi jalan-jalan dan selalunya paling dekat pun Ganu la. Bukan tak pernah kami pergi last minit, tak bawa beg travel apa, terus pergi bercuti. Memang pengalaman tak dapat dilupakan. Mujur ada hotel last minit. 

Situasi kali nie pun lebih kurang sama jugak. Mulanya kami nak stay satu hari je kat KT, tapi bila pikir-pikir macam tak puas je nak jejalan. Jadinya, sahari sebelum bertolak ke KT, memang kami buat perancangan mengejut untuk tambah satu hari maka malam tu juga kami stuggle mencari dan menelefon hotel dan segala homestay yang ada di KT. Memang fully booking semua. Boleh kata hampir 10-15 hotel kami call terus tanya. Memang jawapan hampa.


Rezeki nak bawa orang tua berjalan. Kebetulan waktu seach kat Agoda, terjumpa Anjung Ara Suites and Roomstays. Memang tak percaya tapi sebelum jadi fully booking, Fiza tak lengah lagi, terus book. Harap tak kena tipu. Dan kami berjaya check in Anjung Ara Suites and Roomstays pada hari kedua berada di KT. 


Homestay sedang-sedang, tak berapa luas, tapi still boleh muat kami 12 orang. Kami ambil Family Suite dengan 2 bilik. Ada ruang tamu, dapur dengan meja makan siap air cond juga. Okay sangat la kan. Homestay nampak simple tapi segalanya ada.



Peralatan dapur seperti dapur elektrik, periuk, rice cooker, microwave semua ada. Pingan mangkuk, sudi cawan pun ada. Kalau kata nak memasak pun tak de hal.  




Bilik air je ada satu. Memang berebut jugaklah ikut turn kan. Sebab kapasiti homestay nie ideal untuk 6 orang. Sebab kami dapat homestay nie pun last minit, janji ada tempat nak tidur, mandi dan solat. Itu pun dah cukup.





Lega bila dah check in mana tak nya sebelum tu kan kami naik bot penambang ke Pasar Payang. Letih tapi seronok. Boleh la berehat kejap, mandi makan dulu sebab malam nanti kami sekeluarga nak pergi lepak tengok Jambatan Angkat Kuala Terengganu. 



Lupa pula nak bagitahu, homestay kami menginap nie terletak di Batu Rakit. Nak ke Kuala Terengganu dalam 20 minit. Tak la jauh sebab masih kat Kuala Terengganu. Okay lah, nak sambung edit gambar dulu, nanti sambung aktiviti malam kedua di KT.

Wassalam.  

Post a Comment

2 Comments

  1. Oooo..ni laa homestay yang Fiza cakap tu yeaa.. okey2.,. bulehh g,.. biasa jgk ambil homestay kt KT kalau balik Besut... mcm Fiza.. bawak mak adik2.. cuma lepas ni xmeriah la mcm thn lepas.. mak dah xde... tq Fiza share...

    ReplyDelete
  2. Kalau ramai-ramai memang lagi convenient sewa homestay. Menarik ni. Kalau ke KT lagi boleh consider

    ReplyDelete