Find us on Facebook

Kenangan Charm Pfizer Emas 916

Assalamualaikum. Ikutkan dari tahun lepas aim charm vaksin nie. Tengok kat Website PGMall memang selalu ada emas design cun2. Memandangkan harga emas pun dah naik, mampu untuk terus kumpul charm je sekarang nie. Syukur alhamdulillah awal tahun 2022 ada rezeki company bagi bonus sikit, dapatlah grab charm Pfizer kat website. 


Kenangan Charm Emas 916 Design Vaksin Pfizer | Wanita dengan emas mana boleh dipisahkan sampaikan Fiza terbaca cara mudah nak kekal awet muda adalah dengan memakai emas. Sebab emas mempunyai aura yang buatkan wajah kita tampak muda.

Jadikan koleksi charm sebagai simpanan jangka masa panjang bukan perkara baru untuk Fiza. Untuk koleksi rare Fiza saja nak share sebabnya susah nak dapat charm vaksin dan kalau ada memang kadar upahnya sangat mahal.

Memang cun

Depan engraved nama vaksin

Belakang pun ada

Depan belakang engraved, memang cantik dan halus buatannya. Sama dengan gambar yang ada kat website. Memang dah tak banyak pilihan gram yang ada. Fiza beli pun ikut bajet yang ada. Jadilah untuk tambah koleksi. 

Harga emas makin mahal. Masa nak beli pun memikir juga tapi fikir kalau beli emas memang tak akan rugi. Lagi satu kenangan dapat bonus syarikat. 

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments