Foto Pokok Kelapa pilihan Apple hanya tinggal kenangan di Pokok Apple Pantai Rusila

Assalamualaikum. Korang pernah dengar atau tahu tak tempat yang menjadi viral pada tahun 2020 dan menjadi satu tempat yang dilabel sebagai Tourist attraction dalam google map. Terletak di Kampung Rusila, Marang, Terengganu iaitu Pokok Apple Pantai Rusila.


Foto Pokok Kelapa pilihan Apple hanya tinggal kenangan | Nak jadikan cerita, kebetulan homestay yang kami menginap berdekatan dengan Pokok Apple Pantai Rusila. Oleh kerana kami berada di tepi pantai, tak berhajat pun untuk masuk kawasan tersebut tetapi hanya mengambil gambar dari tepi pantai sahaja. 

Pohon pokok kelapa yang hanya tinggal batang kelapa

Tak tahu macam mana, pokok itu sebenarnya dah tiada. Kisah mengenai pokok kelapa ini sebenarnya menjadi viral disebabkan Apple telah memuatnaik  gambar di Instagram mereka, dan gambar tersebut diambil oleh seorang anggota Polis yang bertugas di Terengganu. 

Kalau korang rajin, boleh tengok IG @aazmeeriskndr. Gambar-gambar yang beliau ambil memang mantap habis. No wonder Apple pun berminat dengan gambar yang dia ambil dengan pokok kelapa nie. 


Disebabkan itu, tempat ini menjadi semakin terkenal dan boleh katakan ramai yang datang nak ambil gambar di sini.  Walaupun pokok kelapa viral itu dah tiada, tapi tempat ini cantik untuk ambil gambar disebabkan ada lagi pokok kelapa yang ada 6 batang lagi tu. 


Lagi satu pemandangan matahari terbenam pun cun sangat kat sini. Waktu kami datang musim tengkujuh dah nak bermula, matahari pun dah tak nampak, takde rezeki nak tengok. Kena datang lain kali. 

Jadi begitulah cerita pasal pokok Apple nie. Agak menarik sebab Fiza pun baru tahu sebab datang sini pun kebetulan. Nak tengok gambar viral tu, korang cari je kat google ada.

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments