RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula akibat Pandemik 2021


Tahun 2021 yang telah pun diharungi menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan diikuti pula dengan musibah banjir pada akhir Disember lalu. Musibah yang melanda ini telah sedikit sebanyak memberi impak yang besar terhadap usahawan yang terkesan dan lebih menyedihkan apabila barang-barang perniagaan dan premis juga ditenggelami banjir.


RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula akibat Pandemik 2021 | Menyedari hakikat ini, Richworks bantu usahawan faham keadaan yang dihadapi orang ramai serta kesusahan ekoran pandemik dan banjir. RichWorks yang digerakkan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman telah memberikan sumbangan kilat berjumlah RM500,000 hasil kutipan yang dikumpulkan daripada usahawan RichWorks dan RichWorks sendiri dalam tempoh 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu. 


Perjuangan RichWorks 2021 yang paling membanggakan bila mana dalam situasi RichWorks dan kakitangan terkena banjir, pejabat, rumah dan kenderaan kakitangan ditenggelami air, perjuangan dan semangat mereka demi membantu dan menyalurkan sumbangan mangsa banjir tetap diteruskan. 

Ini menunjukkan bahawa RichWorks tetap fokus untuk support rakyat dan negara dalam berdepan dengan bencana melalui kepakaran mereka.



Dr. Azizan juga terkesan akibat Covid-19

Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.

Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.


Memahami perasaan dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan, tidak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.


Program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) mendapat pengiktirafan kerajaan


Malah salah satu program RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Memetik dari keratan akhbar tersebut, Menteri Pembangunan  Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, seramai 19,473 peserta telah mendaftar untuk mengikuti program ini sekaligus dapat membantu golongan wanita di negara ini. 



RichWorks bantu rakyat melalui Kempen #RichWellBantu

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).


Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


Misi RichWorks membantu Bangsa Usahawan ternyata berjaya

Sokongan RichWorks bukan omong kosong. Buktinya, Richworks telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business Richworkbootcamp, RichWell dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.


Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.


Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.


Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.


Kisah Perjalanan RichWorks 2021

RichWorks sentiasa konsisten dan tekad untuk mahu terus membantu orang ramai melalui program-program percuma mereka demi untuk buka jalan dan tingkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan.

Ikut Kisah Journey Richworks di tahun 2021 yang boleh ditonton melalui saluran Youtube https://www.youtube.com/watch?v=Segt5ASOloI&t=1s



Tentang RichWorks International Sdn Bhd


Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).



Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Post a Comment

7 Comments

  1. Richworks mmg banyak membantu usahawan..terbaiklah..tahun 2022 nt boleh join lg program diaorg

    ReplyDelete
  2. RichWorks mmg terbaikkk😍😍

    ReplyDelete
  3. Tahniah richworks berjaya dengan kempen dianjurkan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. dalam pada diri sendiri diuji, tetap juga berikan program percuma untuk usahawan pkp di waktu pandemik..

    ReplyDelete
  5. terbaik richworks wpun team diorg mmpyi plbgai masalah dn cabaran sggup bantu raklyat memerlukan

    ReplyDelete
  6. tahniah richworks bukan saja bantu usahawan malah adanya pertubuhan kebajikan sendiri banyak bantu rakyat yang memerlukan

    ReplyDelete
  7. kejayaan demi kejayaan dikecapi oleh Richworks

    ReplyDelete