Find us on Facebook

Kempen #SayItWithOreoMY Edisi terhad, biskut Oreo dengan cetakan Abjad dan Emoji menarik

Assalamualaikum. Slow2 throwback lagi. Cerita bulan Julai tahun lepas. Sempena kempen #SayItWithOreoMY, Fiza sempat ambil bahagian. Pihak Oreo pun hantar media kit untuk bergambar dengan anak-anak. Seingat Fiza review nie bawah VIP Parents.  


Kempen #SayItWithOreoMY Edisi terhad, biskut Oreo dengan cetakan Abjad dan Emoji menarik | Kempen ini sekali dengan peraduan dan aktiviti untuk mengajak rakyat Malaysia yang kreatif untuk berimaginasi dan mempamerkan keseronokan menerusi peraduan foto, permainan teka kata interaktif dan pelbagai aktiviti lagi. Ia telah berlangsung pada 1 Jun hingga 31 Ogos 2021.




Caption Fiza semasa kempen berlangsung :

"Twist, Lick, Dunk"
Mesti mommies pernah dengar perkataan tu kan. Jawapannya biskut oreo la. Biskut oreo memang sedap, dan jadi makanan kegemaran kami sekeluarga waktu-waktu santai.

Untuk masa terhad, Oreo ada keluarkan biskut dengan cetakan abjad atas biskut oreo edisi terhad mereka.

Sambil makan boleh main susun-susun perkataan dengan anak. Say It With Oreo Cookies ni mencetuskan detik gembira buat kami sekekeluarga atau bersama yang tersayang.

Yang bestnya, sekarang anda berpeluang memangi hadiah bernilai RM100,000 bersama Oreo. Caranya mudah sgt!!! Anda hanya perlu hantarkan gambar kreatif anda bersama Say

It With Oreo Cookies dan Whatsapp ke nombor berikut: 010-897 9899
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh ke laman web
https://www.sayitwithoreo.com/my

#SayItWithOreoMY #MakeEveryMomentPlayful



Kit yang Fiza terima memang comel, siap ada replika laptop. Ada beza ke rasa oreo yang nie.. Ada, biskut dia rasa lebih rangup. Tak tahu la sebab ada abjad tu ke, tapi memang biskut dia berbeza sedikit tetapi rasanya biskut sama sahaja, krim vanila.



Siapa yang menang kempen nie korang carilah sendiri. Yang pasti biskut Oreo memang kegemaran anak-anak Fiza nak2 yang coklat. Stok tak pernah putus, habis je beli, habis je beli. Memang anak2 Fiza suka biskut Oreo daripada biskut lain. 

Jadi itu je nak cerita, bulan Januari 2022 nie nak buat update slow2 throwback tahun 2021. Banyak hutang kan. Baru kelam kabut nak story semua benda.

Wassalam. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Lama tak makan biskut Oreo. Replika laptop tu nampak sedap. Hehe

    ReplyDelete
  2. Ala comel. Anak-anak pun suka biskut Oreo ni. mak dia suka bila buat cheese kek je hihiih

    ReplyDelete