Find us on Facebook

Baju Raya Sedondon dengan design dan warna yang menarik di Pusat Pakaian Hari-hari

Assalamualaikum. Raya dah makin dekat nie. Baju raya dah cari ke belum tu? Tak kisahlah beraya kat mana sekali pun, bagi Fiza baju raya nie wajib ada. Bukan apa, baru terasa kemeriahan raya tu. Dapat pula baju yang sedondon. Terasa lengkap dan makin bersemangat nak beraya. 

Waktu nie nak cari baju sedondon? Ada lagi ke? Nak cari mana baju raya sedondon? Apa kata korang pergi ke Pusat Pakaian Hari-hari. Tak caya, hari ini Fiza telah berjaya dapatkan baju sedondon untuk kami sekeluarga.

Pusat Pakaian Hari-hari, Sg. Buloh


Baju Raya Sedondon dengan design dan warna yang menarik di Pusat Pakaian Hari-hari | Gembira tak terkata betul bila dapat apa yang kita cari. Pusat Pakaian Hari-hari yang terdekat dengan kami terletak di Bandar Baru Sg. Buloh. Macam biasa, pengunjung yang datang akan disambut dengan mesra di sini. "Selamat Datang". Itu yang Fiza suka datang Hari-hari nie. 

Norma baharu, pengunjung yang datang perlulah mematuhi SOP yang ditetapkan, pakai pelitup muka, daftar mySejahtera, cek suhu dan barulah dibenarkan masuk. Bila masuk je memang rambang mata dibuatnya. Banyaknya Koleksi Raya Hari-hari 2021. Boleh jadi tertukar warna tema raya sebabkan ternampak warna lain pula. 

Koleksi Baju Raya Hari-hari 2021

Songkok dengan pelbagai saiz dan corak

Dedi pun berkenan tengok kurta nie

Koleksi baju raya jenama Fitri menawarkan pelbagai pilihan baju raya sedondon seisi keluarga. Untuk ayah dan anak lelaki ada set baju melayu dan juga kurta. Begitu juga untuk ibu dan anak perempuan. Baju kurung, baju kurung moden memang cantik dan design pun terkini. Memang mudah betul kami cari baju sedondon kat sini. Dengan bantuan dari kakitangan mereka, memang cepat dorang akan carikan saiz dan warna yang sama.

Kaunter pembayaran

Tingkat 2, pakaian lelaki dan kanak-kanak

Thaqif suka baju melayu warna hijau 

Huwainaa pun nak beli baju untuk jalan-jalan

Cantik kan woven bag nie

Siap dapat woven bag Hari-hari lagi tau. Cantik pula tu. Tak perlu bayar apa-apa pun, ianya percuma. Pihak Hari-hari memberikan Freegift paket Raya untuk pembelian RM100 dan ke atas. Manakala freegift beg purple woven bag untuk pembelian rm200 dan ke atas. Semuanya bermula pada 23 April 2021. Sama ada pembelian secara online atau di cawangan, pembeli tetap akan menerimanya.

Bermula 23 April 2021

Syukur semuanya selesai

Freegift yang Fiza dapat

Comel sungguh paket raya nie

Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd salah satu kisah kejayaan besar dalam industri fesyen dan pakaian runcit. Ditubuhkan pada tahun 1990, syarikat ini berkembang dari sebuah outlet kecil dan kini mempunyai 85 cawangan. 5 cawangan bakal dibuka di Klang, Kajang, Tampin, Bukit Mertajam dan Kedah dalam tahun ini.

Jadi bagi yang masih mencari baju raya dan baju harian, bolehlah berkunjung ke cawangan Pusat Pakaian Hari-hari berdekatan korang. Tak perlu pening-pening nak sedondonkan satu keluarga, dapatkan je kat sini. Boleh juga buat pembelian online di www.ehari.com atau shopee Hari-Hari serta nikmati Diskaun 15%.

Post a Comment

6 Comments

  1. Selamat membeli belah persiapan raya

    ReplyDelete
  2. baju raya belum beli lagi...nak prgi wushar kat hari2 jugak la camni.

    comelnya sampul duit raya tuuuu

    ReplyDelete
  3. Eehh Comel betul sampul raya! Berkobar smgt raya walau pkp dekat daerah Ju tinggal ni. Baju sdondon pun dah settle juga ☺ Alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Kita pun tahun ni beli baju raya dekat hari-hari..senang..lengkap..dapat sedondon juga

    ReplyDelete
  5. Cute sangat sampul raya tu. Iskkk geram

    ReplyDelete