Dapatkan pinggan batik Safi edisi terhad, percuma sempena kempen Safi Raya Kau Hijau

Assalamualaikum. Dalam banyak-banyak jenama penjagaan wajah dan diri, mesti ada satu jenama yang korang akan suka dan setia. Betul tak? Kalau Fiza, Safi adalah jenama pilihan nombor satu.  Sebagai pengguna setia produk Safi, setiap promosi Fiza akan ambil tahu. Dan sempena Hari Raya yang bakal tiba, ada kempen terbaharu yang Fiza nak kongsikan.


Dapatkan pinggan batik Safi, percuma sempena kempen Safi Raya Kau Hijau | Beberapa hari lagi umat islam akan menyambut bulan Ramadhan, lepas tu kita raya. Walaupun kita masih dalam situasi sukar untuk pulang ke kampung, tapi jangan jadikan alasan untuk tidak gembira dalam menyambut Hari Raya. 


SAFI diperakui HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SAFI adalah jenama Halal terkemuka yang terdiri daripada rangkaian penjagaan kulit, penjagaan diri dan peralatan mandian yang lengkap. Ia merupakan produk yang dibangunkan secara eksklusif untuk memenuhi keperluan moden wanita dan lelaki muslim. Diformulasi secara semula jadi terbaik, ramuannya juga mengikuti syarat Syarak dan diperakui HALAL oleh badan bebas yang tegas - JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA dan bebas gelatin.

Safi pilihan No. 1 saya



Rangkaian penjagaan diri dan wajah sepajang bulan Ramadhan

Bagi memastikan seluruh keluarga Fiza sentiasa bersih dan bebas daripada bakteria, Fiza memilih Safi Safi Shower & Safi Handwash untuk membersihkan & melindungi kami sekeluarga semasa anda berada di rumah atau pulang dari membeli-belah sepanjang bulan Ramadhan. 

Untuk penjagaan wajah, Fiza sentiasa menggunakan Safi Micellar Water untuk menghilangkan solekan dari wajah & Safi Rania Gold Day Cream sebagai pelembap selepas pembersihan.

Rangkaian produk Safi pilihan Fiza dan keluarga

Safi Raya Kau Hijau

Kad Raya Safi


Kempen Safi Raya Kau Hijau

Istimewa sempena kempen Safi Raya Kau Hijau yang bermula 1 hingga 10 April 2021, pembeli boleh mendapatkan pinggan batik Safi edisi terhad dengan pembelian produk Safi bernilai RM40 dan ke atas. 

Terdapat 3 reka bentuk berbeza untuk dikumpulkan, promosi ini boleh didapati di kedai terdekat, jadi kena dapatkan segera hari ini sebab kempen berlangsung hanya 10 hari.


Cantik sangat pinggan batik nie

Salah satu design yang Fiza telah dapatkan 

Dapatkan pinggan batik Safi edisi terhad dengan setiap pembelian RM40 
& keatas atau mana-mana produk Safi

Jadi jom dapatkan pinggan batik Safi edisi terhad dengan setiap pembelian RM40 & keatas atau mana-mana pembelian produk Safi. Pinggannya memang cantik dan tebal. Boleh la raya dengan pinggan baru nanti.

Sentiasa gunakan produk Safi untuk memastikan bahawa kita bersih dan bebas daripada bakteria, Jadi kita boleh enjoy Raya sepuasnya. Safi juga mengucapkan Selamat Hari Raya Hijau! dan Stay safe. 

Dapatkan maklumat lebih lanjut di Instagram @SafiMalaysia

#SafiRayaKauHijau #SafiMy #SafiMalaysia

Post a Comment

14 Comments

  1. wow..cantik pinggan tu..:)

    ReplyDelete
  2. abe kie guna krim mandian Safi juga. Lambat lg la nak abis...

    ReplyDelete
  3. Lawa betul pinggan tu. Kita guna produk shower safi sekrg. Bolehla buat pembelian nak dapatkan pinggan ni..

    ReplyDelete
  4. Cantik sangat design batik pinggan tu... Safi dh byk keluaran produk ea

    ReplyDelete
  5. Cantiklah. Nanti nak grab juga pinggan ni. Kena shopping dulu

    ReplyDelete
  6. Menarik pinggan safi ni bolehlah buat koleksi

    ReplyDelete
  7. Bila tgk kad tu rindu pulak zmn kirim2 kad raya..hehe..btw safi mmg brand best 👍🏼

    ReplyDelete
  8. Haaa, menarik. Jom sesama kumpul pinggan Safi.. Shad suka jugak kumpul2 free gift gini..

    ReplyDelete
  9. Wah pinggan batik Safi ni cantik, boleh lah kumpul beberapa dan guna time raya.

    ReplyDelete
  10. Cantiknya pinggan corak batik. Sesuai buat hidang juadah masa raya nanti.

    ReplyDelete
  11. Cantik pinggan ni, siap ada tema Syawal hehe

    ReplyDelete
  12. Wau.. bedtnya dpt produk Safi siap dgn pinggan batik

    ReplyDelete